
TANAH JAMBU, Thursday, 23 July 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) concluded its inaugural Safety Week 2026 today with a closing ceremony at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF).
Held from 20 to 23 July 2026 under the theme “Operational Safety: Optimising Human Performance for Mission Success,” the four-day programme marked a major milestone in strengthening the RBAirF’s safety culture and operational readiness. Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, attended as the Guest of Honour and officially closed the event.
Following an opening day dedicated to Aviation Safety, the event featured an Occupational Health and Safety Day focused on workplace well-being, and an Engineering Safety Day highlighting fatigue management.
Throughout the week, participants attended presentations by experts from the RBAirF, the Republic of Singapore Air Force’s Brunei Helicopter Detachment, the Royal Gurkha Rifles, the Ministry of Health, Royal Brunei Engineering, and Brunei Shell Petroleum. These sessions reinforced the importance of personnel safety as the foundation for mission success.
A key highlight of Engineering Safety Day was the launch of the RBAirF Engineering Fatigue Risk Matrix Trial. This initiative aims to enhance fatigue awareness and support risk-based decision-making in aviation maintenance.
The closing ceremony also featured the launch of three official RBAirF publications: RBAirF: A Decade of Excellence, RBAirF Blue Book Volume 2, and RBAirF Learning from Incidents Volume 1. These books aim to preserve institutional knowledge and promote continuous learning.
The event concluded with the presentation of prizes for the Safety Poster and Video Competitions, alongside appreciation tokens for internal and external presenters.






MINGGU KESELAMATAN TUDB 2026 BERAKHIR DENGAN MAJLIS PENUTUP, PELANCARAN BUKU DAN SAMBUTAN MERCU TANDA KESELAMATAN
TANAH JAMBU, Khamis, 23 Julai 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) hari ini melabuhkan tirai Minggu Keselamatan TUDB 2026 yang julung kali diadakan dengan majlis penutup bertempat di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).
Program empat hari yang berlangsung dari 20 hingga 23 Julai 2026 bertemakan “Operational Safety: Optimising Human Performance for Mission Success” ini menandakan mercu tanda penting dalam usaha berterusan TUDB untuk memperkukuh budaya keselamatan dan meningkatkan kesiapsiagaan operasi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB, yang seterusnya mengisytiharkan penutupan rasmi Minggu Keselamatan TUDB 2026.
Selepas hari pembukaan yang memfokuskan kepada Keselamatan Penerbangan, program diteruskan dengan Hari Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) di bawah sub-tema “Safety and Wellbeing: The Foundation of Operational Readiness”, serta Hari Keselamatan Kejuruteraan di bawah sub-tema “Maintaining Readiness through Fatigue Management”.
Sepanjang minggu tersebut, para peserta telah mendapat manfaat daripada sesi pembentangan dan perkongsian ilmu oleh wakil-wakil daripada TUDB, Brunei Helicopter Detachment Tentera Udara Republik Singapura, Royal Gurkha Rifles, Kementerian Kesihatan, Royal Brunei Engineering serta Brunei Shell Petroleum. Sesi-sesi tersebut menekankan amalan terbaik dalam keselamatan di tempat kerja, kesejahteraan mental, prestasi manusia, pengurusan keletihan, dan keselamatan kejuruteraan bagi mengukuhkan kepentingan menjaga keselamatan anggota sebagai asas kejayaan misi.
Antara acara utama semasa Hari Keselamatan Kejuruteraan ialah pelancaran RBAirF Engineering Fatigue Risk Matrix Trial. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keletihan dan menyokong pengambilan keputusan berasaskan risiko dalam kalangan anggota kejuruteraan bagi memastikan keselamatan, kebolehpercayaan, dan kesiapsiagaan operasi penyelenggaraan penerbangan yang berterusan.
Majlis penutupan tersebut turut menyaksikan pelancaran tiga penerbitan rasmi TUDB, iaitu: RBAirF: A Decade of Excellence, RBAirF Blue Book Volume 2, dan RBAirF Learning from Incidents Volume 1. Penerbitan-penerbitan ini mencerminkan komitmen TUDB dalam memelihara pengetahuan institusi, mempromosikan pembelajaran berterusan, dan memperkukuh amalan keselamatan organisasi demi generasi akan datang.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Poster dan Video Keselamatan, diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada pembentang luar serta sijil penghargaan kepada pembentang dalaman sebagai pengiktirafan atas sumbangan berharga mereka dalam menjayakan Minggu Keselamatan TUDB yang pertama ini.







