
FARNBOROUGH, UNITED KINGDOM, Thursday, 23 July 2026 – A Royal Brunei Air Force (RBAirF) delegation, led by Deputy Commander, Colonel (Udara) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, attended the Farnborough International Airshow 2026 from 20 to 23 July 2026.
During the event, the delegation engaged with prominent aerospace and defense global leaders, including Airbus, Lockheed Martin, MBDA, and Boeing. The RBAirF representatives received briefings on cutting-edge military aviation, aerospace technologies, integrated defense systems, and future modernization solutions. These sessions offered valuable opportunities to exchange insights on technological innovations, operational requirements, and strategic areas of mutual interest.
As one of the world’s premier defense exhibitions, the biennial airshow gathered global government officials, military leaders, and industry executives. The event showcased advanced aircraft, unmanned platforms, weapons systems, and mission-support capabilities tailored for the evolving security landscape.
The RBAirF’s participation underscores its commitment to strengthening international defense cooperation, expanding professional networks, and adopting industry best practices. This engagement provides crucial insights to support the operational readiness and long-term capability development of the Royal Brunei Armed Forces.




DELEGASI TUDB HADIRI FARNBOROUGH INTERNATIONAL AIRSHOW 2026
FARNBOROUGH, UNITED KINGDOM, Khamis, 23 Julai 2026 – Delegasi Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang diketuai oleh Timbalan Pemerintah TUDB, Kolonel (Udara) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, telah menghadiri Farnborough International Airshow 2026 yang berlangsung dari 20 hingga 23 Julai 2026.
Sepanjang acara tersebut, delegasi berkenaan telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa syarikat peneraju global dalam bidang aeroangkasa dan pertahanan, termasuk Airbus, Lockheed Martin, MBDA, dan Boeing. Delegasi TUDB telah diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini dalam penerbangan tentera, teknologi aeroangkasa, sistem pertahanan bersepadu, dan keupayaan masa hadapan. Sesi-sesi tersebut memberikan peluang berharga untuk bertukar-tukar pandangan mengenai inovasi teknologi, keperluan operasi, dan bidang berkepentingan bersama yang berpotensi menyokong kerjasama masa hadapan.
Sebagai salah satu pameran aeroangkasa dan pertahanan terkemuka di dunia, pertunjukan udara dwi-tahunan ini menghimpunkan wakil-wakil kerajaan, pemimpin tentera dan pertahanan, serta rakan industri dari seluruh dunia. Pameran tersebut menampilkan paparan komprehensif mengenai teknologi canggih, pesawat moden, sistem tanpa pemandu, sistem persenjataan, dan keupayaan sokongan misi yang direka untuk menangani persekitaran keselamatan yang sentiasa berubah.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen TUDB dalam memperkukuh kerjasama pertahanan antarabangsa, meluaskan rangkaian profesional, serta mengikuti perkembangan teknologi baharu dan amalan terbaik industri. Pendedahan sedemikian membolehkan TUDB memperoleh pandangan berharga bagi pembangunan keupayaan masa hadapan, sekali gus menyokong kesiapsiagaan operasi dan objektif pemodenan jangka panjang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.



