KUALA LUMPUR, Wednesday, 25 September 2024
– The 15th Air Working Group (AWG) Meeting between The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and The Royal Malaysia Air Force (RMAF) was held successfully from 23 to 25 September 2024 at Kuala Lumpur, Malaysia. This AWG was Co-Chaired by Colonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Chief of Staff from RBAirF, and representing RMAF was Lieutenant Colonel Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang, Acting Assistance Chief of Staff A5, Air Operations Command Headquarters.

The AWG Meeting commenced with an opening remark from both Co-Chairmen before proceeding with the predetermined agenda. The meeting aimed to develop further the training, interaction visits and military bilateral exercises between both Air Forces that were conducted over the years, which ultimately can elevate the cooperation between RBAirF and RMAF. The meeting was concluded officially with closing remarks from both Co-Chairmen and the signing of the 15th AWG Meeting minute.

The meeting focused on defence cooperation through information sharing, developing interactions and exchanges to further strengthen the longstanding close relationship between both Air Forces.

Apart from discussing aspects of training and visits, the meeting also discussed information sharing and exchange of views in various aspects to further improve bilateral relations between the RBAirF and RMAF.


KELOMPOK KERJA UDARA TUDB – TUDM KE-15 2024

KUALA LUMPUR, Rabu, 25 September 2024 – Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU) antara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hingga 25 September 2024 di Kuala Lumpur, Malaysia. KKU ini dipengerusikan bersama Kolonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Ketua Staf daripada TUDB, manakala mewakili pihak TUDM adalah Leftenan Kolonel Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang, Pemangku Asisten Ketua Staf A5, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).

Mesyuarat KKU dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama sebelum meneruskan dengan agenda yang telah ditetapkan. Mesyuarat pada kali ini bertujuan untuk mengembangkan lagi latihan, lawatan interaksi dan latihan dua hala antara TUDB dan TUDM yang telah dijalankan bertahun-tahun secara tidak langsung telah meningkatkan kerjasama antara TUDB dan TUDM. Mesyuarat diakhiri secara rasmi dengan ucapan penutup daripada kedua-dua Pengerusi Bersama dan menandatangani minit Mesyuarat KKU ke-15.

Selain dari latihan dan lawatan, mesyuarat pada kali ini juga telah membincangkan mengenai perkongsian maklumat dan pertukaran pandangan dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara TUDB dan TUDM.