​SINGAPORE,
Thursday, 14 November 2024 – Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Commanding Officer of No. 4 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF), along with two senior officers from the Royal Brunei Land Force and Royal Brunei Navy, successfully completed the prestigious Senior Fellowship Program for Senior Leaders at the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore.

This distinguished five-week program provided deep insights into global challenges, geopolitics, economics, technological advancements, and governance complexities, offering the officers a unique opportunity to enhance their strategic perspectives on leadership, public sector governance, international security, and interfaith dialogue.

The program’s caliber included 70 lectures from prominent speakers and experts and was further elevated by a fireside chat session with Singapore’s Emeritus Senior Minister Goh Chok Tong, who shared invaluable insights on leadership and navigating governance challenges. Alongside site visits and interactive discussions, these sessions with esteemed leaders fostered a rich learning environment that equips the officers with practical strategies that can be applied to strengthen Brunei’s defense and governance frameworks.

With a cohort of 49 senior fellows from 17 countries across the public, private, and non-profit sectors, the program facilitated extensive networking opportunities and cross-border collaborations. These enduring networks enhance Brunei’s diplomatic and strategic standing within ASEAN and the wider international community.


PEGAWAI TUDB TAMAT PROGRAM SENIOR FELLOWSHIP BAGI PEGAWAI KANAN

SINGAPURA, Khamis, 14 November 2024 – Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4, Tentera Udara Diraja Brunei, bersama dua pegawai kanan dari Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Brunei, telah berjaya menamatkan Program
Senior Fellowship untuk pemimpin kanan yang berprestij di Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore (NUS).

Program lima minggu ini menyediakan pemahaman mendalam mengenai cabaran global, geopolitik, ekonomi, kemajuan teknologi, dan kerumitan tadbir urus telah memberikan peluang unik kepada para pegawai untuk meningkatkan perspektif strategik mengenai kepimpinan, pentadbiran sektor awam, keselamatan antarabangsa, serta dialog antara agama.

Program ini merangkumi 70 kuliah terdiri daripada pensyarah dan ahli-ahli pakar terkemuka serta sesi istimewa
Fireside Chat bersama Mantan Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong, yang berkongsi pandangan dan pengalaman beliau mengenai kepimpinan dan cara menangani cabaran global yang semakin mencabar. Selain dari itu, program itu juga merangkumi lawatan ke tempat-tempat yang 

berkepentingan yang memberikan platform untuk membincangkan dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang boleh diaplikasikan di Negara Brunei Darussalam.

Program ini dihadiri oleh 49 Pegawai Kanan daripada 17 buah negara dari pelbagai sektor kerajaan, pertahanan, swasta dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Program ini juga telah membuahkan jaringan persahabatan yang meluas dan kerjasama di peringkat ASEAN dan Antarabangsa, serta akan terus dikekalkan bagi mengukuhkan hubungan diplomatik Brunei di peringkat ASEAN dan komuniti antarabangsa.