RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 25 November 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) commenced the Command Post Exercise (CPX) Alap-Alap X/2024, a key initiative aimed at enhancing RBAirF operational readiness and effectiveness. The exercise was officially opened with remarks and an exercise overview by Major (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, the Exercise Director.

The CPX is designed to validate the RBAirF’s procedures and plans in responding to evolving security risks and challenges. It also aims to identify capability and procedural gaps across Wings in the planning and execution of operational requirements, building upon insights from the Table Top Exercise (TTX) conducted in October 2024. Additionally, the exercise provides an opportunity to conduct a thorough assessment of communication equipment in preparation for the upcoming Field Training Exercise (FTX) scheduled for January 2025.

This four-day exercise is designed to help tactical-level headquarters improve their ability to plan and execute service operations in an organized and effective manner.



PEMBUKAAN

COMMAND POST EXERCISE
ALAP-ALAP X/2024

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 25 November 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah memulakan
Command Post Exercise (CPX) Alap-Alap X/2024, sebuah inisiatif bertujuan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi. Eksesais ini telah dirasmikan dengan ucapan pembukaan dan taklimat ekesesais oleh Mejar (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, selaku Pengarah Eksesais.

CPX ini direka untuk mengesahkan prosedur dan rancangan TUDB dalam menghadapi risiko dan cabaran keselamatan yang semakin berkembang. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti jurang keupayaan dan prosedur di setiap cawangan dalam perancangan dan pelaksanaan keperluan operasi, berdasarkan hasil daripada
Table Top Exercise (TTX) yang telah diadakan pada Oktober 2024. Selain itu, latihan ini menyediakan peluang untuk menilai peralatan komunikasi secara menyeluruh sebagai persediaan untuk
Field Training Exercise (FTX) yang dijadualkan pada masa yang terdekat.

Latihan ini akan berlangsung selama empat hari, dan ianya direka untuk membantu markas peringkat taktikal meningkatkan keupayaan dalam merancang dan melaksanakan operasi perkhidmatan secara teratur dan berkesan.