SINGAPORE, Friday, 29 November 2024 – A total of 13 Royal Brunei Air Force (RBAirF) aircrew underwent Aviation Physiology Training (APT) at the Changi Aeromedical Centre, Republic of Singapore, from 24 to 30 November 2024.
Four pilots, eight crew members, and one loadmaster were educated on the effects of various flight environments on the human mind and body through presentations and the use of aeromedical equipment. Participants experienced a range of physiological sensations, including the effects of hypoxia, rapid decompression in a hypobaric chamber, and the physiological impact of simulated ascent and descent rates. This provided the aircrew with individual awareness, enabling them to identify their thresholds and better prepare for such exposures.
This collaboration highlights the close relationship between the RBAirF and the Republic of Singapore Air Force (RSAF) in enhancing the operational readiness and safety of RBAirF personnel. By leveraging the expertise and facilities of the RSAF, this training significantly contributes to building the resilience of aircrew members and enhancing overall mission effectiveness.
The RBAirF extends its heartfelt congratulations to all course participants for their dedication and success in completing this Aviation Physiology Training.


KRU PESAWAT TUDB MENGHADIRI LATIHAN FISIOLOGI PENERBANGAN DI REPUBLIK SINGAPURA
SINGAPURA, Juma‘at, 29 November 2024 – Seramai 13 orang kru pesawat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menjalani Latihan Fisiologi Penerbangan (Aviation Physiology Training – APT) di Pusat Aeromedikal Changi, Republik Singapura, dari 24 hingga 30 November 2024.
04 juruterbang, 08 anak buah kapal, dan seorang
loadmaster telah diberi pendedahan tentang kesan pelbagai persekitaran penerbangan terhadap minda dan tubuh manusia melalui pembentangan dan penggunaan peralatan aeromedikal. Para peserta didedahkan kepada pelbagai sensasi fisiologi, termasuk kesan hipoksia, pengurangan tekanan secara mendadak di dalam bilik hipobarik, serta kesan fisiologi ketika kadar pendakian dan penurunan yang disimulasikan. Ini memberikan kesedaran individu kepada kru udara dengan tujuan mengenal pasti ambang masing-masing untuk lebih bersedia menghadapi pendedahan seperti ini.
Kerjasama ini menonjolkan hubungan erat antara TUDB dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) dalam meningkatkan kesediaan operasi dan keselamatan anggota TUDB. Dengan memanfaatkan kepakaran dan kemudahan TURS, latihan ini memberi sumbangan yang signifikan dalam membina daya tahan kru pesawat serta meningkatkan keberkesanan misi secara keseluruhan.
TUDB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kursus atas dedikasi dan kejayaan mereka menamatkan Aviation Physiology Training ini.
