Supadio Air Force Base, Republic of Indonesia, Friday, 29 November 2024 –
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Indonesian Air Force (IDAF) have successfully concluded the 10th iteration of Exercise LATMA ELANG BRUNESIA, a five-day exercise held from 25 to 29 November 2024. Bringing together personnel from both Air Forces, the exercise demonstrated their shared commitment to readiness, coordination, and operational excellence.
Held at Pontianak, Republic of Indonesia, the exercise focused on bilateral air support operations in the context of Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR). It provided an opportunity for both Air Forces to enhance joint interoperability, build mutual trust and confidence, and strengthen friendships. The collaborative effort reflected a shared commitment to ensuring operational preparedness for potential challenges.
The closing ceremony was presided over by Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Raya, Commander of Operations Group, RBAirF, and Colonel Pnb Gusti, Head of Operations, Supadio Air Force Base. During the ceremony, both sides acknowledged the successful achievement of the exercise objectives, emphasising the importance of continuous training and collaboration to address evolving challenges. The knowledge and experiences gained during the exercise are expected to refine operational procedures and enhance readiness for future missions.
Exercise LATMA ELANG BRUNESIA continues to serve as a vital platform for strengthening defence diplomacy and military cooperation between the RBAirF and IDAF. It underscores their mutual commitment to regional security and operational readiness, showcasing the importance of collaboration in maintaining stability and preparedness.


TUDB DAN TENTARA NASIONAL INDONESIA ANGKATAN UDARA BERJAYA MENAMATKAN EKSESAIS LATMA ELANG BRUNESIA X/2024
Pangkalan Udara Supadio, Republik Indonesia, Jumaat, 29 November 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) berjaya menamatkan Eksesais LATMA ELANG BRUNESIA kali ke-10 yang berlangsung selama lima hari dari 25 hingga 29 November 2024. Eksesais tersebut melibatkan penyertaan anggota daripada kedua-dua angkatan udara dan mencerminkan komitmen bersama terhadap kesiapsiagaan, koordinasi, dan kecemerlangan operasi.
Eksesais yang dijalankan di Pontianak, Republik Indonesia ini memberikan tumpuan kepada operasi bantuan udara di dalam konteks operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam (HADR). Eksesais tersebut memberikan peluang untuk meningkatkan kebolehoperasian, membina kepercayaan dan keyakinan bersama, serta mengeratkan hubungan persahabatan di antara kedua-dua tentera udara. Usaha kolaboratif ini mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan kesiapsiagaan operasi dalam menghadapi cabaran yang berpotensi.
Majlis penutup eksesais telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Raya, Pemerintah Kumpulan Operasi, TUDB, dan Kolonel Pnb Gusti, Ketua Operasi Pangkalan Udara Supadio. Semasa majlis tersebut, kedua-dua pihak mengutarakan pencapaian objektif latihan ini, dengan menekankan kepentingan latihan dan kolaborasi yang berterusan untuk menangani cabaran yang semakin berkembang. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan ini diharap akan dapat memperbaiki prosedur operasi dan meningkatkan kesiapsiagaan untuk misi akan datang.
Latihan LATMA ELANG BRUNESIA terus menjadi platform penting dalam memperkukuhkan diplomasi pertahanan dan kerjasama ketenteraan antara TUDB dan TNI AU. Ia menegaskan komitmen bersama terhadap keselamatan serantau dan kesiapsiagaan operasi, sambil mempamerkan kepentingan kolaborasi dalam mengekalkan kestabilan dan persediaan.


