BANGKOK, THAILAND,
Thursday,
20 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in the 2nd Annual Military UAV Technology Conference, held from 19 to 20 February 2025 at Aloft Sukhumvit 11, Bangkok, Thailand. The event gathered military officials, industry leaders, and defence technology experts to discuss the latest advancements in UAV technology, with a focus on intelligence, surveillance, and reconnaissance (ISR), artificial intelligence (AI)-assisted surveillance, long-range precision strikes, and next-generation UAV sensors and communication architectures.
Representing the RBAirF at the conference were Major (U) Noraqidah binti Efinddi and Captain (U) Sufiah binti Ramlee, who actively engaged in panel discussions, case studies, and keynote sessions led by top defence and aerospace experts. Their participation allowed them to explore UAV integration into modern military operations and their strategic role in defence planning.
Beyond the technical discussions, the conference provided a platform for international collaboration, allowing the RBAirF delegation to exchange knowledge and insights with fellow military personnel and industry specialists. Their involvement highlights RBAirF’s commitment to leveraging emerging UAV technologies to enhance national defence capabilities and operational readiness.



TUDB TERLIBAT DALAM PERSIDANGAN TEKNOLOGI PESAWAT TANPA PEMANDU (UAV) KETENTERAAN TAHUNAN KE-2
BANGKOK, THAILAND, Khamis, 20 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menyertai Persidangan Teknologi UAV Ketenteraan Tahunan ke-2, yang diadakan dari 19 hingga 20 Februari 2025 di Aloft Sukhumvit 11, Bangkok, Thailand. Persidangan tersebut mengumpulkan pegawai tentera, pemimpin industri dan pakar teknologi pertahanan untuk membincangkan kemajuan terkini dalam teknologi UAV, dengan tumpuan pada perisikan, pengawasan dan peninjauan (ISR), pengawasan menggunakan kecerdasan buatan atau
artificial intelligence (AI), serangan ketepatan jarak jauh dan sensor dan sistem komunikasi UAV generasi akan datang.
Mewakili TUDB pada persidangan tersebut ialah Mejar (U) Noraqidah binti Efinddi dan Kapten (U) Sufiah binti Ramlee, yang terlibat secara aktif dalam perbincangan panel, kajian kes dan sesi ucaptama yang diketuai oleh pakar pertahanan dan aeroangkasa tertinggi. Penyertaan mereka membolehkan mereka meneroka integrasi UAV ke dalam operasi ketenteraan moden dan peranan strategik UAV dalam perancangan pertahanan.
Di luar perbincangan teknikal, persidangan itu menyediakan landasan untuk kerjasama antarabangsa, membolehkan delegasi TUDB bertukar pengetahuan dan pandangan dengan rakan-rakan tentera dan pakar industri. Penglibatan mereka menggariskan komitmen TUDB untuk memanfaatkan teknologi UAV yang baru muncul untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara dan kesediaan operasi.

