BOLKIAH GARRISON, Friday, 28 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) Netball Team achieved an impressive second-place finish in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Netball Competition 2025, which concluded at Bolkiah Garrison. The competition, held over two days from 27 to 28 February 2025, featured a round-robin format with participation from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), and the MINDEF Combined Team. The main event and finals took place on 28 February 2025.
The MINDEF Combined Team emerged as champions, with RBAirF securing second place, followed by RBN in third place.
The RBAirF Netball Team demonstrated exceptional skill and teamwork throughout the tournament, securing victories against RBN with a close score of 9-8 and RBLF with a solid 10-6 win. Their commendable performance reflects the dedication and perseverance of the team members, embodying the values of sportsmanship and unity.
The primary objective of the competition was to foster a spirit of sportsmanship, enhance teamwork, and strengthen camaraderie among female personnel from MINDEF and RBAF. The event provided an excellent platform for participants to engage in friendly competition while promoting a healthy and active lifestyle.
The RBAF Netball Competition 2025 successfully reinforced the importance of physical fitness and cooperation among female personnel, aligning with MINDEF and RBAF’s commitment to holistic development and well-being.



PASUKAN BOLA JARING TUDB BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN BOLA JARING ABDB 2025
BOLKIAH GARISON, Juma’at, 28 Februari 2025 – Pasukan Bola Jaring Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) berjaya meraih tempat kedua dalam Pertandingan Bola Jaring Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025, yang berlangsung di Bolkiah Garison. Pertandingan ini diadakan selama dua hari dari 27 hingga 28 Februari 2025 dalam format liga sepusingan dengan penyertaan daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), dan Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Acara kemuncak dan perlawanan akhir telah berlangsung pada 28 Februari 2025.
Pasukan Gabungan KEMENTAH muncul sebagai juara, diikuti oleh TUDB di tempat kedua, dan TLDB di tempat ketiga.
Pasukan Bola Jaring TUDB menunjukkan kemahiran dan kerjasama yang cemerlang sepanjang kejohanan, dengan kemenangan ke atas TLDB dengan keputusan tipis 9-8 dan TDDB dengan keputusan 10-6. Prestasi yang membanggakan ini mencerminkan dedikasi dan ketahanan pasukan, selaras dengan nilai kesukanan dan perpaduan.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan, mempertingkatkan kerjasama pasukan, serta mengeratkan hubungan dalam kalangan anggota wanita KEMENTAH dan ABDB. Acara ini menyediakan platform terbaik bagi peserta untuk bersaing secara sihat sambil menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.
Pertandingan Bola Jaring ABDB 2025 berjaya menekankan kepentingan kecergasan fizikal dan kerjasama dalam kalangan anggota wanita, sejajar dengan komitmen MINDEF dan ABDB terhadap pembangunan holistik dan kesejahteraan.

