BRUNEI DARUSSALAM, Thursday, 27 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully conducted a nationwide mosque cleaning campaign on 26 and 27 February 2025, in preparation for the upcoming holy month of Ramadhan. This initiative saw the participation of 24 Officers and 158 Other Ranks, who worked together to clean and prepare seven mosques across the country: Balai Ibadat Kampong Mata-Mata, Gadong; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong; Masjid RPN Kampong Rataie, Temburong; Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Bebatik Mukim Kilanas; Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampong Katimahar; Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait; and Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata, Gadong.
This community service initiative reflects the RBAirF’s commitment to social responsibility and spiritual well-being, ensuring that places of worship are in pristine condition for congregational prayers and religious activities throughout Ramadhan. The campaign also highlights the spirit of cooperation and devotion, reinforcing the strong bond between the Royal Brunei Armed Forces and the local community in upholding the cleanliness and sanctity of mosques.










TUDB MEMBERSIHKAN TUJUH BUAH MASJID SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN
BRUNEI DARUSSALAM, Khamis, 27 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melaksanakan kempen kebersihan masjid pada 26 dan 27 Februari 2025, sebagai persiapan menyambut bulan suci Ramadhan. Seramai 24 Pegawai dan 158 anggota Lain-Lain Peringkat telah bekerjasama membersihkan dan mempersiapkan tujuh masjid di seluruh negara, iaitu: Balai Ibadat Kampong Mata-Mata, Gadong; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong; Masjid RPN Kampong Rataie, Temburong; Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Bebatik Mukim Kilanas; Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampong Katimahar; Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait; dan Masjid Perpindahan Kampong Mata-Mata, Gadong
Inisiatif khidmat masyarakat ini mencerminkan komitmen TUDB dalam memastikan kebersihan dan keselesaan tempat ibadah sebagai persiapan bagi solat berjemaah serta aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadhan. Kempen ini turut memperkukuhkan semangat kerjasama dan keprihatinan, sekaligus mempererat hubungan antara angkatan tentera dan masyarakat dalam menjaga kebersihan dan kemuliaan masjid.








