​BERAKAS, Friday, 14 March 2025
– In conjunction with the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Wives Welfare Body (BAKTI) held the annual tahlil and iftar gathering for the RBAirF orphans at Rumah Wira Angkasa, the official residence of the Commander of RBAirF.

The event was hosted by YM Hjh Rosnah @ Lily binti Hj Matamit, spouse of the Commander of RBAirF and as Head of RBAirF BAKTI, along with other members of the association and their families. The evening commenced with the recitation of
Sayiddul Istighfar,
Surah Yassin, and
Tahlil. YM Hjh Rosnah @ Lily binti Hj Matamit then presented donations from RBAirF and its BAKTI members to 18 RBAirF orphans. The event concluded with
Iftar and mass Maghrib prayers.

Held as a cherished yearly tradition, this religious gathering reflects RBAirF BAKTI’s commitment to fostering a spirit of charity, strengthening bonds within the community, and supporting orphaned families as they prepare for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebrations.




BAKTI TUDB MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM TUDB

BERAKAS, Juma’at, 14 Mac 2025 – Bersempena bulan suci Ramadhan, Badan Kebajikan Isteri-Isteri (BAKTI) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Tahlil dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim TUDB, berlangsung di Rumah Wira Angkasa, Kediaman Rasmi Pemerintah TUDB.

Majlis tersebut dihoskan oleh YM Dayang Hjh Rosnah @ Lily binti Haji Matamit, isteri kepada Pemerintah TUDB dan selalu Ketua Cawangan BAKTI TU, serta ahli-ahli BAKTI TUDB dan keluarga. Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yassin, dan Tahlil. YM Hjh Rosnah @ Lily binti Hj Matamit turut menyampaikan sumbangan derma serta barang makanan asasi daripada anggota TUDB dan ahli-ahli BAKTI TUDB kepada 18 anak-anak yatim TUDB. Majlis diakhiri dengan
berbuka puasa bersama dan
sembahyang Maghrib berjemaah.

Diadakan sebagai tradisi tahunan, acara keagamaan ini mencerminkan komitmen BAKTI TUDB dalam menyemai semangat kebajikan, mengeratkan ukhuwah sesama ahli, serta membantu keluarga anak-anak yatim dalam membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.