GADONG, Saturday, 15 March 2025 –
In observance of the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted its annual Sahur gathering at a hotel in Gadong, reaffirming its commitment to honouring traditions and fostering meaningful engagement among its personnel.

The event was graced by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander RBAirF as the Guest of Honour, accompanied by his spouse, Hajah Rosnah @ Lily binti Haji Matamit. Also in attendance were invited retired RBAirF officers, RBAirF Board of Executive members, senior officers, officers, and their family members.

The evening commenced with a group photo session, capturing the essence of the occasion. This was followed by a presentation of appreciation gifts to the invited retired officers in recognition of their contributions. A
Doa was then recited before the
Sahur meal.

Following the
Sahur, Commander RBAirF delivered a brief speech, extending his appreciation to both former and in-service officers for their presence and continuous support of this meaningful tradition.  He also expressed his appreciation to all spouses for their unwavering support of their military spouses. The evening concluded with a final recitation of
Doa, seeking blessings for the continued strength and success of the RBAirF and its personnel.

ACARA SAHUR TAHUNAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TUDB 2025

GADONG, Sabtu, 15 Mac 2025 – Dalam menyambut bulan suci Ramadhan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Sahur tahunannya di sebuah hotel di Gadong, menzahirkan komitmen untuk memelihara tradisi serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggotanya.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB selaku Tetamu Kehormat, yang turut ditemani oleh isteri beliau, Hajah Rosnah @ Lily binti Haji Matamit. Turut hadir ialah pegawai-pegawai bersara yang diundang, Ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, pegawai kanan, pegawai serta ahli keluarga mereka.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan bagi acara tersebut. Seterusnya, penyampaian cenderahati penghargaan kepada pegawai-pegawai bersara yang diundang telah berlangsung sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa sebelum menikmati hidangan Sahur.

Selepas Sahur, Pemerintah TUDB menyampaikan ucapan ringkas, menyatakan penghargaan beliau kepada pegawai-pegawai yang telah bersara dan yang masih berkhidmat atas kehadiran serta sokongan berterusan dalam mengekalkan tradisi bermakna ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada para isteri yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasangan mereka sebagai anggota tentera. Majlis diakhiri dengan bacaan doa terakhir, memohon keberkatan untuk kekuatan serta kejayaan berterusan TUDB dan seluruh anggotanya.