​​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 12 June 2025
– The Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in Virtual Subject Matter Expert Exchange (VSMEE) with Pacific IAMD Center on Small UAS, Point Air Defence and Base Defence vs Tactical Defence via video teleconference (VTC) hosted by the United States of Pacific Air Force (US PACAF). Participating in the VTC were Lieutenant (U) Ak Md ‘AdiFakhri Mahfuz bin Pg Hj Md Yussof and Lieutenant (U) Hjh Siti Nurul Nadiah @ Syukriah binti Hj Narudin, Mission Commanders, 39 Squadron, No. 3 Wing, Operations Group, RBAirF.

The conference addressed the growing threat posed by small UAS, including their roles in surveillance, delivery of explosives, disruption, and cyber-attacks—threats posed by state and non-state actors. It highlighted the need for rapid action across multiple domains to mitigate these threats. The exchange discussed existing and emerging C-sUAS technologies, including radar, EO/IR sensors and electronic warfare as well as the importance of joint training, interagency integration, and maintaining air superiority.

The SMEE plays a key role in enhancing defence cooperation between the RBAirF and US PACAF while also offering a valuable opportunity for interoperability enhancement and exchange of knowledge especially in UAS and Base Defence.


TUDB SERTAI PERTUKARAN SMEE US PACAF

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 12 Jun 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah turut serta dalam Pertukaran
Subject Matter Expert (SMEE) secara maya bersama
Pacific IAMD Center mengenai
Small UAS, Point Air Defence dan Base Defence vs Tactical Defence secara dalam talian yang dikendalikan oleh Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat. Mewakili TUDB adalah Leftenan (U) Ak Md ‘Adi Fakhri Mahfuz bin Pg Hj Md Yussof dan Leftenan (U) Hjh Siti Nurul Nadiah @ Syukriah binti Hj Narudin, Ketua Misi, 39 Skuadron, Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan, TUDB.

Pembentangan tersebut membincangkan ancaman yang kian meningkat daripada sistem pesawat tanpa pemandu kecil (sUAS), yang kini digunakan dalam pelbagai bentuk seperti peninjauan, penghantaran bahan letupan, gangguan terhadap operasi ketenteraan, serta serangan siber. Ia menekankan keperluan untuk tindakan segera dan menyeluruh merentas pelbagai bidang serta aspek lain dalam kerangka pembangunan keupayaan pertahanan. Pembentangan ini turut mengetengahkan teknologi dan sistem
C-sUAS sedia ada dan masa hadapan, termasuk penggunaan radar, sensor elektro-optik/inframerah (EO/IR) dan keupayaan peperangan elektronik. Penekanan juga diberikan kepada kepentingan latihan bersama, kerjasama antara agensi, dan keperluan mengekalkan penguasaan ruang udara bagi memastikan perlindungan aset strategik dan peningkatan tahap kesedaran situasi operasi.

VSMEE ini merupakan platform penting bagi meningkatkan kerjasama pertahanan antara TUDB dengan Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat. Ianya jua memberi peluang untuk peningkatan kebolehoperasian dan pertukaran pengetahuan terutama sekali dalam bidang UAS dan Pertahanan Pangkalan.