CAMDEN, AUSTRALIA, Thursday, 14 August 2025 – 06 Royal Brunei Air Force (RBAirF) Student Pilots undergoing Basic and Intermediate Fixed Wing Pilot Training Course-61 have completed their first solo flight at Air Combat Australia between 09 July 2025 and 14 August 2025.
The student pilots accumulated around 19 flying hours covering Basic Flying Skills, Effects of Controls, Circuit Procedures, and Emergency Procedures before being cleared for their first solo flight. This milestone serves as a key benchmark, reinforcing their understanding of the fundamentals of flying. They will continue to persevere and stay focused on completing the course, progressing to more advanced technical skills such as air navigation, night flying, and instrument flying.
The RBAirF would like to congratulate Lieutenant (U) Ahmad Imanuddin bin Haji Ahmad Mahyuddin, Lieutenant (U) Dk Aznur Nazeehah binti Pg Hj Sharifuddin, Lieutenant (U) Nur ‘Ifwat Hisyamuddin bin Haji Osman, Lieutenant (U) Muhammad Hariz bin Hj Ahat, Lieutenant (U) Muhammad Khairul Izzan bin Rolzaman and Lieutenant (U) Nor ‘Adli Zhafri bin Hj Norshamli on completing the courses.




PELATIH JURUTERBANG TUDB DARI KURSUS ASAS DAN PERTENGAHAN JURUTERBANG SIRI-61 MELAKUKAN PENERBANGAN SOLO PERTAMA
CAMDEN, AUSTRALIA, Khamis, 14 Ogos 2025 – Seramai 06 pelatih juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang menjalani Kursus Asas dan Pertengahan Juruterbang Siri-61 telah selesai menjalani penerbangan solo yang pertama di Air Combat Australia (ACA) diantara 09 Julai 2025 dan 14 Ogos 2025.
Mereka telah mengumpulkan kira-kira 19 jam penerbangan yang merangkumi pembelajaran Kemahiran Asas Penerbangan, Prosedur Circuit, serta Prosedur Kecemasan sebelum layak menjalani penerbangan solo pertama mereka. Pencapaian ini menjadi penanda aras penting dalam memahami asas penerbangan. Namun begitu, mereka akan terus berusaha gigih dan mengekalkan fokus untuk menamatkan kursus ini, di mana mereka akan mempelajari kemahiran penerbangan yang lebih teknikal seperti navigasi udara, penerbangan instrumen, dan penerbangan malam.
TUDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan (U) Ahmad Imanuddin bin Haji Ahmad Mahyuddin, Leftenan (U) Dk Aznur Nazeehah binti Pg Hj Sharifuddin, Leftenan (U) Nur ‘Ifwat Hisyamuddin bin Haji Osman, Leftenan (U) Muhammad Hariz bin Hj Ahat, Leftenan (U) Muhammad Khairul Izzan bin Rolzaman dan Leftenan (U) Nor ‘Adli Zhafri bin Hj Norshamli atas kejayaan menamatkan kursus-kursus tersebut.


