​MINI STADIUM, BOLKIAH GARRISON, Friday, 29 Aug 2025 – The finals of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Tug of War 2025 was conducted at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison. This tournament took place on 29 August 2025 and was participated by the four teams from Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and RBAF Combined Team.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF. Also in attendance were Service Commanders from RBN and RBAirF.

The RBAirF tug of war team, managed by Lt (U) Ak Muhammad Habibullah, has achieved an impressive milestone this year, securing 2nd place in both the lightweight and heavyweight categories. This marks a significant improvement from last year, where only one category reached the finals. The double podium finish reflects the team’s dedication, unity and resilience, embodying the RBAirF spirit of excellence.

The tournament is a yearly RBAF event designed to promote sportsmanship and camaraderie among personnel, while also serving as a platform to identify talented athletes to represent the Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB).


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI RAIH DUA NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN TARIK TALI

Perlawanan Akhir Tarik Kalat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025 telah berlangsung di Mini Stadium, Kem Bolkiah. Perlawanan ini diadakan pada 29 Ogos 2025 dengan penyertaan empat pasukan iaitu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) serta Pasukan Gabungan ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Perkhidmatan dari TLDB dan TUDB.

Pasukan tarik kalat TUDB yang dikendalikan oleh Lt (U) Ak Muhammad Habibullah telah mencapai kejayaan yang membanggakan tahun ini dengan meraih Naib Johan bagi kedua-dua kategori ringan dan berat. Pencapaian ini merupakan peningkatan ketara berbanding tahun lalu, di mana hanya satu kategori berjaya mara ke peringkat akhir. Kejayaan berganda ini mencerminkan dedikasi, kesepaduan dan ketahanan pasukan, sekali gus menyerlahkan semangat kecemerlangan TUDB.

Pertandingan ini merupakan acara tahunan ABDB yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama erat di kalangan anggota, di samping menjadi wadah dalam mengenal pasti atlet-atlet berbakat untuk mewakili Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB).