​PENANJONG GARISSON,
Thursday, 18 September 2025 –
Two personnel from the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Staff Sergeant (U) Muhammad Ali Hijra bin Ramli and Sergeant (U) Zunaidi bin Tuah, have successfully completed the 2025 Company/Squadron Sergeant Major Course.

The eight-week programme was conducted from 21 July to 19 September 2025 and designed to develop the leadership calibre of participants through ceremonial drill mastery and  advanced operational and administrative management knowledge to prepare them to assume higher responsibilities as Company or Squadron Sergeant Majors. It also served as a platform to instill discipline, enhance decision-making abilities, and strengthen the leadership qualities essential to the effectiveness of the Non-Commissioned Officers’ corps.

The closing ceremony, held at the Infantry School, Penanjong Garrison, was officiated by Major Bohare bin Haji Mansor, Acting Commanding Officer, SI RBLF, and attended by senior officers, officers, and invited guests. The presence of distinguished attendees reflected the value placed on cultivating future leaders who will continue to uphold the traditions and standards of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The RBAirF extends its heartfelt congratulations to all graduates of the course, in particular Staff Sergeant (U) Muhammad Ali Hijra bin Ramli and Sergeant (U) Zunaidi bin Tuah, for their dedication and perseverance throughout the training. Their achievement not only demonstrates their personal commitment but also reflects the RBAirF’s ongoing effort to strengthen leadership and professional excellence across all ranks.

KURSUS SARJAN MEJAR KOMPENI/SKUADRON


PENANJONG GARISON,


Khamis, 18 September 2025
Dua orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Staf Sarjan (U) Muhammad Ali Hijra bin Ramli dan Sarjan (U) Zunaidi bin Tuah, telah berjaya menamatkan Kursus Sarjan Mejar Kompeni/Skuadron 2025.

Program yang dijalankan dari 21 Julai hingga 19 September 2025 bertujuan untuk meningkatkan tahap kepimpinan para peserta melalui penguasaan kawad istiadat, pengetahuan pengurusan operasi dan pentadbiran pada peringkat lebih tinggi, untuk mempersediakan peserta dalam memikul tanggungjawab sebagai Sarjan Mejar Kompeni atau Skuadron. Kursus ini juga menjadi wadah untuk memupuk disiplin, mempertingkatkan keupayaan membuat keputusan, serta memperkukuhkan kualiti kepimpinan yang penting dalam keberkesanan jati angkatan lain-lain pangkat.

Majlis penutup telah berlangsung di Sekolah Infantri, Pertahanan Penanjong dan disempurnakan oleh Mejar Bohare bin Haji Mansor, Pemangku Pegawai Pemerintah SI RBLF, serta dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan jemputan khas. Kehadiran para tetamu jemputan mencerminkan penghargaan yang diberikan terhadap usaha membentuk pemimpin masa hadapan yang akan terus mempertahankan tradisi dan piawaian Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kursus, khususnya Staf Sarjan (U) Muhammad Ali Hijra bin Ramli dan Sarjan (U) Zunaidi bin Tuah, atas dedikasi dan ketabahan mereka sepanjang latihan. Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan komitmen peribadi mereka, malah mencerminkan usaha berterusan TUDB dalam memperkukuhkan kepimpinan dan kecemerlangan profesional di semua peringkat.