RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 05 November 2025 – The Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), held a Promotion Ceremony for nineteen Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at the Ground Floor Lobby, No. 4 Wing Building, Rimba Air Force Base (Rimba AFB)

In attendance as the Guest of Honour was Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Commander of the Support Group, RBAirF. Also in attendance were Wing Commanders and the newly promoted personnel.

The promotion reflects recognition of the contributions made to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the RBAirF. Their dedication in upholding core values, maintaining discipline and achieving excellence has been rightfully acknowledged. On this occasion, the RBAirF extends its congratulations to all promoted personnel and appreciation to their families for the continuous support given to RBAirF members.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI SEMBILAN BELAS PTB KANAN, KUMPULAN BANTU, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 05 November 2025 – Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi sembilan belas anggota Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) bertempat di Ruang Legar Tingkat Bawah, Bangunan Cawangan No. 4, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Pemerintah Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Cawangan dan anggota yang dinaikkan pangkat.

Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan yang diberikan kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TUDB. Dedikasi mereka dalam mempertahankan nilai-nilai teras, mengekalkan disiplin dan mencapai kecemerlangan telah diiktiraf sewajarnya. TUDB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat serta penghargaan kepada ahli keluarga di atas sokongan yang diberikan.