​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 30 October 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a promotion ceremony for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) under the Operations Group at Punai Hall, Rimba Air Force Base. A total of twenty-eight personnel comprising twelve SNCOs and sixteen JNCOs received their respective rank promotions.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, Commander Operations Group, RBAirF. Also in attendance were Wing Commanders under the Operations Group, as well as family members of the promoted personnel.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, after which Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi officially conferred the Staff Sergeant rank to personnel from No. 2 Wing and No. 3 Wing. Rank presentations then continued across the respective wings beginning with Major (U) Emad Hamdi bin Haji Sawal, Wing Commander of No. 1 Wing, followed by Major (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Wing Commander of No. 2 Wing, and Major (U) Muhammad Radzi bin Amin, Acting Wing Commander of No. 3 Wing.

The promotion marks the recognition of discipline, dedication, and steadfast commitment demonstrated by the newly promoted personnel. It further reflects the RBAirF’s continuous efforts to foster excellence while strengthening professionalism within its ranks.

The RBAirF remains committed to ensuring operational readiness, developing capable airmen, and continuously empowering its personnel in fulfilling the organisation’s mission in safeguarding the nation’s airspace.


MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA DI BAWAH KUMPULAN GERAKAN, TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 30 Oktober 2025 – Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) di bawah Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Seramai dua puluh lapan anggota yang terdiri daripada dua belas PTB Kanan dan enam belas PTB Rendah telah dinaikkan pangkat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, Pemerintah Kumpulan Gerakan, TUDB. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pemerintah Cawangan di bawah Kumpulan Gerakan serta ahli keluarga anggota yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi menyempurnakan pemakaian pangkat Staf Sarjan kepada anggota dari Cawangan No. 2 dan Cawangan No. 3. Seterusnya, pemakaian pangkat diteruskan mengikut cawangan masing-masing bermula dengan Mejar (U) Emad Hamdi bin Haji Sawal, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1, disusuli oleh Mejar (U) Muhammad Adif bin Haji Zaman, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, dan diakhiri oleh Mejar (U) Muhammad Radzi bin Amin selaku pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3.

Kenaikan pangkat ini menzahirkan pengiktirafan terhadap disiplin, dedikasi dan komitmen padu para penerima dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Ia juga menggambarkan usaha berterusan TUDB dalam memupuk kecemerlangan serta memperkukuhkan tahap profesionalisme dalam kalangan anggotanya.

TUDB akan terus beriltizam untuk memastikan kesiapsiagaan operasi, memperkasa pembangunan anggotanya dan seterusnya memperkukuhkan peranan dalam mempertahankan ruang angkasa Negara Brunei Darussalam.