RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 31 October 2025 – No. 6 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force held a Promotion Ceremony for nine Junior Non-Commissioned Officers, comprising seven Substantive Corporals, one Acting Corporal and one Substantive Lance Corporal.
Present the present the rank insignia was Major (U) Pengiran Muhammad Mufid bin Pengiran Haji Umar Ariffin, Wing Commander of No. 6 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force, at Dewan Punai, Rimba Air Force Base. Also in attendance were officers, SNCOs of No. 6 Wing and invited guests.
The ceremony served as formal recognition of professional performance, discipline and commitment demonstrated by the promoted personnel, reflecting confidence in their readiness to assume greater responsibilities in line with the organisational needs of No. 6 Wing in supporting the operational readiness of the Royal Brunei Air Force.
RBAirF would like to congratulate all promoted personnel and hopes this achievement will continue to encourage excellence in the future.


MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB RENDAH PERINGKAT CAWANGAN NO. 6, KUMPULAN BANTU, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 31 Oktober 2025 – Cawangan No. 6, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi sembilan orang anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah, yang terdiri daripada tujuh Koperal Tetap, seorang Pemangku Koperal Tetap dan seorang Lans Koperal Tetap.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat ini ialah Mejar (U) Pengiran Muhammad Mufid bin Pengiran Haji Umar Ariffin, Pemerintah Cawangan No. 6, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei, bertempat di Dewan Punai. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan Cawangan No. 6 serta jemputan khas.
Majlis ini merupakan pengiktirafan rasmi terhadap prestasi kerja, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan oleh anggota yang terlibat, seterusnya mencerminkan kepercayaan terhadap keupayaan mereka untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar selaras dengan peranan Cawangan No. 6 dalam menyokong kesiapsiagaan operasi Tentera Udara Diraja Brunei.
TUDB juga mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat dan berharap pencapaian ini akan menyuntik semangat untuk terus meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang.
