TANAH JAMBU, Tuesday, 5 Mar 2024
– Air Engineering Unit, Technical Equipment Maintenance Division (AEU TEMD) of No. 5 Wing Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the AEU Rewards and Recognition Ceremony at the Auditorium in Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF).
Present as the Guest of Honour was Commander Support Group, RBAirF. Also present during the ceremony were RBAirF Senior Officers, invited guests from the Ministry of Defence and AEU personnel. The objective of the ceremony was to express appreciation and recognition to all AEU personnel for their commitment and dedication in contributing to the success of the organisation.
The ceremony began with a recitation of Surah Al-Fatihah, followed by an appreciation video of AEU personnel. The ceremony included the inauguration of AEU logo and dress uniform, award presentations to the recipients, speech by the Guest of Honour and concluded with a recitation of prayer.
There were five award categories presented, namely
Anugerah Pekerja Cemerlang,
Anugerah Khidmat Bakti dan Berjasa,
Anugerah Inovasi, and
Anugerah Sumbangan kepada Organisasi dan Negara, and
Anugerah Permata Gemilang.


UNIT KEJURUTERAAN UDARA, CAWANGAN NO. 5 MENGADAKAN MAJLIS ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN UKU
TANAH JAMBU, Selasa, 5 Mac 2024 – Unit Kejuruteraan Udara, Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal (UKU BPKT) dari Cawangan No. 5 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Anugerah dan Pengiktirafan UKU yang bertempat di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemerintah Kumpulan Bantu, TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan TUDB, jemputan-jemputan khas dari Kementerian Pertahanan dan warga UKU. Objektif utama majlis tersebut adalah bagi menghargai dan mengiktiraf komitmen dan dedikasi warga UKU dalam berkhidmat demi mencapai kejayaan organisasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan video penghargaan kepada warga UKU. Majlis turut disertakan dengan perasmian logo dan pakaian seragam UKU, penyampaian anugerah kepada penerima, ucapan dari Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan doa.
Sebanyak lima kategori anugerah yang disampaikan, iaitu Anugerah Pekerja Cemerlang, Anugerah Khidmat Bakti dan Berjasa, Anugerah Inovasi, and Anugerah Sumbangan kepada Organisasi dan Negara, dan Anugerah Permata Gemilang.
