Thursday, 07 Mar 2024 – The C295MW aircrew and engineering crew from 15 Squadron and 55 Squadron have conducted the first international navigation for Initial Operating Experience of the C295MW this week. The navigation flight training was conducted for three (03) days, from Tuesday, 05 March 2024, until Thursday, 07 March 2024.

The navigation flight training made its first landing at Paya Lebar Airport, Singapore. The training continued on the second day, landing at several airports including Wattay International Airport, Lao People’s Democratic Republic, Don Muang International Airport, Thailand and Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Malaysia. The navigation flight training concluded with the final destination back to Brunei Darussalam on Thursday, 07 March 2024. The objectives of this training are to gain experience and increase competency for all the personnel involved in conducting international flight operations. 


PENERBANGAN NAVIGASI ANTARABANGSA PERTAMA BAGI


INITIAL OPERATING EXPERIENCE
PESAWAT C295MW

Khamis, 07 Mac 2024 –  Kru pesawat dan kru kejuruteraan pesawat C295MW daripada 15 Skuadron dan 55 Skuadron telah melaksanakan penerbangan latihan navigasi antarabangsa pertama bagi
Initial Operating Experience pesawat C295MW minggu ini. Penerbangan tersebut dibuat selama tiga (03) hari bermula  dari  Hari Selasa, 05 Mac 2024 hingga Hari Khamis, 07 Mac 2024.

Penerbangan latihan navigasi ini membuat pendaratan pada hari pertama di Lapangan Terbang Paya Lebar, Singapura. Pada hari kedua, penerbangan navigasi diteruskan dengan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Republik Demokratik Rakyat Lao, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang, Thailand dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Malaysia. Penerbangan latihan navigasi diakhiri dengan penerbangan balik ke Brunei Darussalam pada Hari Khamis, 07 Mac 2024. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi pengalaman dan tahap kecekapan anggota-anggota yang terlibat dalam pengendalian operasi penerbangan antarabangsa dimasa akan datang.