RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 15 March 2024
– Lieutenant Colonel (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Haji Raya, the Commander of Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), conducted an introductory visit to No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF.
Commander of Operations Group was welcomed by Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, the Commanding Officer of No. 2 Wing and the visit commenced with a ceremonial salute from the No. 2 Wing parade contingents.
The introductory visit proceeded with a welcoming remark and an overview briefing from the Commanding Officer followed with a tour of No. 2 Wing headquarters, including 236 Squadron. Commander of Operations Group was prepared with a static display of No. 2 Wing’s assets and equipment, along with weaponry demonstrations of No. 2 Wing.
The visit concluded with the signing of parchment and a group photo session with the personnel of No. 2 Wing.



LAWATAN KERJA DARI PEMERINTAH KUMPULAN GERAKAN, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
KE CAWANGAN NO. 2 TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 15 Mac 2024 – Leftenan Kolonel (U) Mohammad Hairy Erwandy bin Haji Raya, Pemerintah Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan lawatan kerja ke Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan TUDB di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Ketibaan Pemerintah Kumpulan Gerakan disambut oleh Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 dan lawatan dimulakan dengan Upacara tabik hormat daripada kontinjen Perbarisan Cawangan No. 2.
Lawatan diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, serta lawatan ke Markas Cawangan dan Skuadron 238. Pemerintah Kumpulan Gerakan turut melawat ke pameran statik yang memaparkan aset, peralatan dan demonstrasi persenjataan Cawangan No. 2.
Lawatan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan dan sesi bergambar bersama anggota Cawangan No. 2

