BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 01 April 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a cemetery cleaning campaign at various locations as part of the Ihya Ramadhan 1445H/2024M Programme. The cleaning campaign project was concurrently conducted in five different locations namely, Kianggeh Muslim Cemetery, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Cemetery, Pulaie Muslim Cemetery, Nuri Belimbing Subok Cemetery and Kampong Lumapas Cemetery.

Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF attended the event at the Kianggeh Muslim Cemetery. Also at their respective locations were RBAirF Board of Executive members, Officers, personnel of the RBAirF and family members of the departed.

The event began with a cleaning campaign of the cemetery area, followed by the recital of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah for the departed personnel of RBAirF. The event concluded with the pouring of air asah-asahan over selected graves.

This programme aims to foster spiritual development, enhance cooperation amongst RBAirF personnel and encourage a strong desire to service and contribute to society.


TUDB MENGADAKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN BAGI PROGRAM IHYA RAMADHAN TAHUN 1445H/2024M

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 01 April 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Kempen Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan di beberapa kawasan-kawasan tanah perkuburan. Kempen tersebut dikendalikan secara serentak di lima kawasan tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, Tanah Perkuburan Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Tanah Perkuburan Islam Sarai Pimping, Tanah Perkuburan Nuri, Belimbing Subok dan Tanah Perkuburan Limpaki.

Hadir pada acara di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir bersama di lokasi yang berlainan adalah Badan Eksekutif TUDB,  Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota-anggota TUDB dan ahli keluarga anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah.

Acara dimulakan dengan kempen kebersihan di kawasan tanah perkuburan dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara diakhiri dengan menyiram air asah-asahan.

Kempen ini dikendalikan merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.