The guest of honor was Major (U) Pg Mohd Zulhusmi bin Pg Mohd Roslan, the Officer Commanding of No 73 Squadron. Also present at the event was No 7 Wing Training Officer, No 73 Squadron Qualified Helicopter Instructor and Crewman Standard Examiner.
Firstly, Pte (U) Khaledon as a representative of the course participants expressed his gratitude to the instructors who worked tirelessly taught during the course.
After he finished his speech, WO2 (U) Hussin, the Admin/Training SNCO of No 73 Squadron welcomed the guest of honor to give a speech and presented the certificates to the 10 course participants.
During his speech, he congratulated all the course participants who have passed and successfully completed the course that has been conducted by the No 73 Squadron Flying Training School from 06th of June until 29th August 2016. The course objective was to raise and train abinitio crewman to the highest quality, all capable of carrying out tasks efficiently whilst maintaining a high level of discipline and professionalism.
He hoped that the participants will use the lessons that had been taught throughout the course and to “Never stop learning.” A piece of advise from the Guest Of Honor Maj (U) Pg Mohd Zulhusmi bin Pg Mohd Roslan. The course was officially concluded after the speech.
MAJLIS PENUTUP KURSUS BAKAL-BAKAL ANAK BUAH PESAWAT
TUDB, Isnin 29 Ogos 2016 – Majlis Penutup Kursus Bakal-bakal Anak Buah Pesawat diadakan di No 73 Skuadron, Pangkalan TUDB. Majlis penutup dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Lkpl (U) Nazmi.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar (U) Pengiran Mohd Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, Pegawai Memerintah No 73 Skuadron. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Latihan No 7 Wing, Jurulatih Helikopter No 73 Skuadron dan Pemeriksa Anak Buah Pesawat.
Sld (U) Khaledon sebagai wakil daripada peserta kursus mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar yang bekerja keras mengendalikan kursus ini.
Selesai ucapan daripada wakil peserta kursus, PW2 (U) Hussin, selaku Ketua Pentadbiran dan Latihan SNCO No 73 Skuadron menjemput Tetamu Kehormat majlis untuk memberikan ucapan dan menyampaikan sijil kepada 10 peserta kursus.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus yang telah lulus dan berjaya menamatkan kursus yang telah dijalankan oleh No 73 Skuadron Sekolah Latihan Penerbangan bermula pada 06 Jun hingga 29 Ogos 2016. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan dan melahirkan anak buah pesawat yang berkualiti, dan juga supaya akan dapat menjalankan tugas dengan cekap di samping mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dan profesionalisme.
Beliau berharap para peserta akan menggunakan pelajaran yang telah diajarkan di sepanjang kursus dan “Jangan sekali-kali untuk berhenti belajar.” Secebis nasihat daripada Tetamu Kehormat Mejar (U) Pengiran Mohd Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan. Kursus ini secara rasminya ditutup selepas selesai ucapan daripada Tetamu Kehormat.