Pangkalan Rimba, Jumaat 20 Mei 2016 – Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menjelangnya bulan Ramadan 1437 Hijrah / 2016 Masihi kepada Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah diadakan di Surau Pangakalan Udara Rimba.Pengagihan buah kurma telah disempurnakan oleh Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Yang Mulia Kolonel (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh 18831 LKpl (U) Musa bin Hj Sahat dan diselajurkan dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai. Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei kemudian menyampaikan ‘Kurma Kurnia Peribadi’ kepada Pegawai-Pegawai Kanan TUDB.




RBAirF PERSONEL RECEIVES DISTRIBUTION OF DATES
Rimba Air Base, Friday 20 May 2016 – A ceremony for the distribution of ‘Kurma Kurnia Peribadi’ or personal gift of dates from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in conjunction with the month of Ramadhan 1437 Hijrah / 2016 to senior officers of the RBAirF. The ceremony was held at Rimba Air Force Base Surau.
The dates were presented by Yang Mulia Colonel (U) Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF).
The ceremony began with a recital of Al-Quran verse by 18831 LCpl (U) Musa bin Hj Sahat which was the followed by a mass recital of Ratib Al-Attas. The RBAirF Commander then presented the ‘Kurma Kurnia Peribadi’ to senior officers of the RBAirF.