PENANJONG GARRISON, Thursday, 03 October 2024 –
Lieutenant (U) Awang Muhammad Nur Aqeel bin Haji Awang Mohamad, No.6 Wing Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully completed the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Finance Officer Course 2024 and the RBAF Service Fund Course Series 01/2024. He was awarded special recognition as the Best Overall Student for the RBAF Service Fund Course, highlighting his outstanding performance.
These eight-week courses, which ran from 16 August to 04 October 2024, were designed to provide comprehensive financial management skills to RBAF finance officers. The course focused on the systematic management of accounts and service records to enhance accuracy and efficiency aimed to equip participants with essential knowledge and practical skills needed for effective financial management in both routine and complex situations.
The Closing Ceremony for both courses was organised by the Royal Brunei Armed Forces Training Institute and held at the Finance Training Wing, School of Military Trade on 3 October 2024. The ceremony was attended by the Finance Staff Officer (Grade 1) of the Directorate of Personnel, who delivered a speech highlighting the importance of integrity and professionalism in managing financial tasks within the RBAF.
The Royal Brunei Air Force extends its heartfelt congratulations to Lieutenant (U) Awang Muhammad Nur Aqeel bin Haji Awang Mohamad for this outstanding accomplishment. His achievement reflects the dedication and professionalism of the Royal Brunei Air Force in excelling at all levels of military training and strengthens the Air Force’s commitment to fostering leadership and excellence in financial management.


PEGAWAI TENTERA UDARA BERJAYA MENAMATKAN
KURSUS PEGAWAI KEWANGAN ABDB SESI 2024 DAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ABDB SIRI 01/2024.
PENANJONG GARISON, Khamis, 03 Oktober 2024 – Leftenan (U) Awang Muhammad Nur Aqeel bin Haji Awang Mohamad, Cawangan No.6, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah berjaya menamatkan Kursus Pegawai Kewangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 01/2024. Beliau telah dianugerahkan Penuntuk Terbaik Keseluruhan bagi Best Overall Student untuk Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 01/2024, sebagai pengiktirafan kepada prestasi cemerlang beliau.
Kursus selama lapan minggu yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 04 Oktober 2024 tersebut dirancang untuk memberikan kemahiran pengurusan kewangan yang komprehensif kepada pegawai kewangan ABDB. Kursus yang memberi tumpuan kepada pengurusan sistematik akaun dan rekod perkhidmatan untuk meningkatkan ketepatan dan kecekapan itu bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan asas dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk pengurusan kewangan yang berkesan dalam situasi rutin dan kompleks.
Majlis Penyampaian Sijil dan Majlis Penutup bagi kedua-dua kursus tersebut telah diadakan oleh Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB pada 3 Oktober 2024. Majlis tersebut dihadiri oleh Pegawai Turus Kewangan Jabatanarah Keanggotaan, yang menyampaikan ucapan yang menekankan pentingnya integriti dan profesionalisme dalam mengurus tugas kewangan di dalam RBAF.
TUDB mengucapkan tahniah kepada Leftenan (U) Awang Muhammad Nur Aqeel bin Haji Awang Mohamad atas pencapaian cemerlang ini. Pencapaian beliau mencerminkan dedikasi dan profesionalisme TUDB dalam mencapai kecemerlangan di semua peringkat latihan ketenteraan dan mengukuhkan komitmen TUDB dalam memupuk kepimpinan dan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan.
