

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Friday, 16 November 2018 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah bin Hj Sahat, Commander Royal Brunei Air Force (RBAirF) attended a three-day Introductory Visit to the Royal Malaysian Air Force (RMAF), Malaysia from 15 to 17 November 2018.
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat made courtesy calls to Yang Berhormat Liew Chin Tong, the Deputy Minister of Defence of Malaysia and General Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang, the Chief of RMAF at the Ministry of Defence, Kuala Lumpur.
As part of the Introductory Visit, the two Chiefs of Air Forces led the discussion on bilateral ties and further areas of cooperation. Royal Brunei Air Force and Royal Malaysian Air Force have had longstanding cooperation of mutual benefit including in the areas of training and exercise.
Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah also had the opportunity to tour the RMAF No. 22 Squadron, and the RMAF Institute of Aviation Medicine at Subang Air Base. No. 22 Squadron operates four of the new transport aircraft, the Airbus A400M Atlas. The squadron’s tour ended with a tour of the aircraft and discussed its operational capability.
The tour followed with a visit to the RMAF Institute of Aviation Medicine where Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah was briefed on its role and had the opportunity to witness the Human Performance High Centrifuge (HPHC), Advanced Tactical Flight Simulator, Ejection Seat Trainer and Altitude Chamber.
During the Introductory visit, the spouse of Commander RBAirF, Datin Dr. Hjh Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Hj Abd Aziz was hosted by the spouse of the Chief of RMAF, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. The spouse programme included visits to Muzium Kesenian Islam Malaysia, Royal Selangor and The Craft Complex.
Commander RBAirF and spouse were also invited to the official dinner hosted by the Chief of RMAF and his spouse at the Royale Chulan Hotel. The introductory visit by Commander RBAirF underscores the continuous commitment to strengthen the longstanding relationship and cooperation between the RBAirF and RMAF.




KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Jumaat, 16 November 2018 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menghadiri Kunjungan Pengenalan selama tiga hari ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 15 hingga 17 November 2018.
Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.
Di antara program lawatan tersebut, kedua Pemerintah Tentera Udara mengetuai perbincangan mengenai hubungan dua hala dan bidang lain bagi kerja sama di masa akan datang. Tentera Udara Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Malaysia telah mempunyai hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin yang memberikan faedah kepada kedua Tentera Udara termasuk dalam bidang latihan dan eksesais.
Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Hj Hamzah juga berpeluang untuk melawat No 22 Skuadron dan Institut Perubatan Penerbangan di Pangkalan Udara Subang. No 22 Skuadron beroperasi menggunakan empat buat pesawat angkut yang baru iaitu Airbus A400M. Lawatan ke skuadron ini berakhir dengan lawatan ke salah satu pesawat tersebut dan perbincangan mengenai keupayaannya.
Lawatan tersebut diikuti dengan lawatan ke Institut Perubatan Penerbangan TUDM di mana Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah diberikan taklimat ringkas mengenai peranan dan berpeluang untuk menyaksikan Human Performance High Centrifuge (HPHC) Advanced Tactical Flight Simulator, Ejection Seat Trainer dan Altitude Chamber.
Manakala, Isteri kepada Pemerintah TUDB, Datin Dr. Hjh Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Awang Hj Abd Aziz dihoskan oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Isteri Panglima TUDM. Program isteri Pemerintah TUDB termasuk dengan lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia, Royal Selangor dan Kompleks Kesenian.
Pemerintah TUDB dan isteri juga dijemput kepada Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh Panglima TUDM dengan isteri di Hotel Royale Chulan. Lawatan pengenalan oleh Pemerintah TUDB menandakan komitmen dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara TUDB dan TUDM.