RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 07 August 2026 – The Commander of Support Group, Colonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, held a dialogue session with Officers and Senior Non- Commissioned Officers (SNCOs) of No.6 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) at Bilik Alap-Alap, Royal Brunei Air Force Headquarters.

The session served as a platform to convey the Support Group’s direction and latest developments, while emphasising the importance of military discipline, regimentation, professionalism, integrity, teamwork and operational readiness. Personnel were also encouraged to continuously enhance their competencies and uphold a culture of excellence in line with the aspirations of the Royal Brunei Armed Forces.

The dialogue also provided an opportunity for the Officers and SNCOs to share views and suggestions related to the execution of their duties, further strengthening two-way communication between the leadership and personnel. The session reflected the Support Group leadership’s continued commitment to fostering strong working relationships, enhancing the dissemination of information and ensuring the effective execution of duties in support of the RBAirF’s continued excellence.

PEMERINTAH KUMPULAN BANTU MENGADAKAN SESI MUZAKARAH BERSAMA PEGAWAI DAN PTB KANAN CAWANGAN NO.6, KUMPULAN BANTU

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 7 Ogos 2026 – Pemerintah Kumpulan Bantu, Kolonel (Udara) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh telah mengadakan sesi muzakarah bersama Pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Cawangan No.6, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bertempat di Bilik Alap-Alap, Markas Tentera Udara Diraja Brunei.

Sesi tersebut menjadi landasan bagi menyampaikan amanah dan perkembangan semasa Kumpulan Bantu serta TUDB, di samping menekankan kepentingan disiplin, rejimentasi, profesionalisme, integriti, semangat kerjasama dan kesiapsiagaan operasi. Anggota-anggota turut diseru untuk terus mempertingkatkan kompetensi diri serta mengamalkan budaya kerja cemerlang selaras dengan aspirasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sesi ini juga telah memberi peluang kepada Pegawai dan PTB Kanan untuk mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan pelaksanaan tugas, sekaligus memperkukuhkan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan anggota. Sesi muzakarah ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan Kumpulan Bantu dalam memperkukuhkan hubungan kerja, mempertingkatan penyampaian maklumat serta memastikan keberkesanan pelaksanaan tugas demi kecemerlangan TUDB.