RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 08 March 2024 – The distribution of ‘Kurma Kurnia Peribadi’ or dates bestowed as a personal gift from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, to representatives from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) units was held at the Rajawali Lounge, RBAirF Headquarters. This event was also celebrated in conjunction with Ramadhan 1445 Hijrah.
Present to distribute the “Kurma Kurnia Peribadi” was the Commander of RBAirF, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.
The “Kurma Kurnia Peribadi” was presented to the RBAirF Board of Executives, Commanding Officers and Acting Air Force Sergeant Major. The event concluded with the recitation of Doa Selamat.
The distribution of these personal gift dates symbolises the love and care of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in performing religious acts in conjunction with the upcoming month of Ramadhan.



PENGAGIHAN KURMA KURNIA PERIBADI KDYMM KEPADA TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 08 Mac 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Pengagihan buah kurma sebagai Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kepada wakil-wakil dari unit-unit TUDB pada hari ini bertempat di Ruang Rajawali, Markas TUDB. Acara ini juga disambut bagi sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah.
Hadir bagi menyempurnakan penyerahan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.
Kurma kurnia peribadi ini telah disampaikan kepada Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Pemerintah Cawangan dan Pemangku Sajran Mejar Tentera Udara. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi ini melambangkan tanda kasih sayang dan sifat keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat baginda dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.
