PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA AUSTRALIA DARWIN, Australia, Jumaat, 07 Ogos 2026 – Dua (02) Juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Mej (U) Mohamad Khairuddin bin Mohamad Ali dan Lt (U) Pg Aminor Fikhri bin Pg Amir Hamzah, telah menyertai Eksesais Pitch Black 2026 yang berlangsung selama 3 minggu di Darwin, Northern Territory, Australia dari 20 Julai hingga 7 Ogos 2026.

Eksesais ini telah disertai oleh 21 buah negara, termasuk Negara Brunei Darussalam, dengan penglibatan lebih daripada 100 buah pesawat yang terdiri daripada pesawat pejuang, pesawat pengangkutan, pesawat Airborne Early Warning (AEW) dan pesawat Multi-Role Tanker Transport (MRTT). Penglibatan pelbagai jenis pesawat dan negara peserta tersebut menyediakan persekitaran latihan operasi yang realistik, kompleks dan berintensiti tinggi, di samping memperkukuh keupayaan interoperabiliti dalam suasana operasi bertaraf antarabangsa.

Penglibatan peserta TUBD dalam eksesais ini adalah tertumpu kepada pelaksanaan Tactical Airlift atau Pengangkutan Udara Taktikal, khususnya dalam operasi Aerial Cargo Delivery. Selain itu, para peserta turut berpeluang menimba pengalaman dan mendapatkan pendedahan secara lebih dekat mengenai kaedah perancangan serta pelaksanaan operasi dari negara-negara sahabat, khususnya dalam mengintegrasikan pelbagai elemen kuasa udara, termasuk pesawat pejuang, pesawat Multi-Role Tanker Transport (MRTT) dan pesawat pengangkutan.

Penglibatan TUDB dalam Eksesais Pitch Black 2026 ini telah memberikan pendedahan dan pengalaman yang bernilai dalam memperluas perspektif serta meningkatkan profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam pelaksanaan operasi udara. Di samping itu, penglibatan ini turut menyumbang kepada pengukuhan hubungan pertahanan dan kerjasama profesional antara TUDB, Tentera Udara Diraja Australia serta Tentera Udara negara-negara sahabat yang terlibat, sekali gus mempertingkatkan keupayaan interoperabiliti dalam melaksanakan operasi bersama.

TWO ROYAL BRUNEI AIR FORCE PILOTS PARTICIPATED IN EXERCISE PITCH BLACK 2026

ROYAL AUSTRALIAN AIR FORCE BASE DARWIN, AUSTRALIA, Friday, 7 August 2026 – Two (2) Royal Brunei Air Force (RBAirF) pilots, Major (U) Mohamad Khairuddin bin Mohamad Ali and Lieutenant (U) Pg Aminor Fikhri bin Pg Amir Hamzah, participated in Exercise Pitch Black 2026, held in Darwin, Northern Territory, Australia, for three weeks from 20 July to 7 August 2026.

 

The exercise brought together 21 participating nations, including Brunei Darussalam, with more than 100 aircraft involved, comprising fighter aircraft, transport aircraft, Airborne Early Warning (AEW) aircraft, and Multi-Role Tanker Transport (MRTT) aircraft. The participation of diverse aircraft and participating nations’ Air Forces provided a realistic, complex, and high-intensity operational training environment, while further enhancing interoperability and the ability to operate effectively alongside other Air Forces .

The participation of RBAirF personnel in the exercise focused on the conduct of Tactical Airlift, particularly in Aerial Cargo Delivery operations. The participants also had the opportunity to gain valuable experience and first-hand exposure to the planning and execution of operations by other Air Forces, particularly in the integration of various airpower elements, including fighter aircraft, Multi-Role Tanker Transport (MRTT) aircraft, and transport aircraft.

RBAirF’s participation in Exercise Pitch Black 2026 provided valuable exposure and experience, broadening the participants’ perspectives while enhancing their professionalism, knowledge, and skills in the conduct of air operations. The participation also contributed to strengthening defence relations and professional cooperation between the RBAirF, Royal Australian Air Force, and participating nations’ Air Forces, while further enhancing interoperability and the ability to conduct joint operations effectively.