RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 02 March 2024 –
The Royal Brunei Air Force (RBAirF) warmly received visit of two F-35 fighter jets at the Air Movement Centre (AMC), highlighting the spirit of collaboration between the two nations.
In anticipation of this visit, 236 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF, was assigned the crucial task of ensuring the safety and protection of these aircrafts throughout their stay at Rimba Air Force Base (Rimba AFB). This involved maintaining a robust security perimeter around the visiting aircraft, regular patrols, vehicle checkpoints (VCP), and implemented stringent access control measures.
Alongside ensuring the security of the aircrafts, the Air Movement Squadron also played a vital role in providing the space and support needed to cater for the crew’s needs during their stay at the AMC.
The successful completion of this task underscores the dedication, professionalism, and capabilities of both squadrons reflecting the squadrons’ unwavering commitment to upholding the highest standards of security and safeguarding the assets entrusted to its care.


MENJAMIN SEKURITI DAN SOKONGAN BAGI KETIBAAN PESAWAT PEJUANG F-35
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 02 Mac 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima kunjungan dua jet pejuang F-35 dan sebuah pesawat C-130 Airbus dari Tentera Udara Amerika Syarikat di Pusat Pergerakan Udara (PPU), menyerlahkan semangat kerjasama antara kedua-dua negara.
Sempena kunjungan ini, Skuadron 236, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB, telah diberikan tugas penting untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pesawat-pesawat tersebut disepanjang tempoh berada di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Ini melibatkan mengekalkan sempadan keselamatan yang kukuh di sekeliling pesawat, rondaan berkala, sekatan kenderaan (VCP), dan menguatkuasakan langkah-langkah kawalan akses yang ketat.
Disamping memastikan sekuriti pesawat-pesawat tersebut, Skuadron Pergerakan Udara juga memainkan peranan penting dalam menyediakan ruang dan sokongan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kru semasa berada di PPU.
Kejayaan skuadron-skuadron dalam melaksanakan tugasan ini menggariskan dedikasi, profesionalisme dan keupayaan, mencerminkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menegakkan taraf keselamatan tertinggi dan melindungi aset yang diamanahkan kepada penjagaannya.
