RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 13 March 2024 – No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Handover Ceremony between Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, the outgoing Commanding Officer No. 7 Wing RBAirF and the incoming Commanding Officer No. 7 Wing, RBAirF, Major (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin at Dewan Punai, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah and recitation of the Al-Quran by Staff Sergeant (U) Musa bin Haji Sahat. The ceremony proceeded with a speech from the outgoing Commanding Officer No. 7 Wing, RBAirF in which he commended for No. 7 Wing’s achievements and able to overcome the challenges and hardship throughout his period as Commanding Officer. The ceremony followed with the signing of the Handover-Takeover Certificate which marked the official transfer of duties and responsibilities of the Commanding Officer No. 7 Wing, RBAirF.
As the newly appointed Commanding Officer No. 7 Wing, Major (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin also delivered his inaugural speech during the ceremony. In his speech, he reminded the personnels to always be aware of duties and responsibilities entrusted and constantly enhance the level of discipline and professionalism. The ceremony concluded with a closing doa led by Warrant Officer 1 (U) Haji Burhan Juhdi bin Haji Muhammad Noor.
Present at the witness the ceremony were the Officer In Command of squadrons, Officers, Senior Ranks, personnel and civilian staff of No. 7 Wing, RBAirF.
Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan has held the position as Commanding Officer since 2021 and will be continuing his service as the Head of the Aviation Standards and Evaluation (HOSE), RBAirF.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN NO. 7 TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 13 Mac 2024 – Cawangan No. 7, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7, TUDB diantara Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan, Mantan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 dan Mejar (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 yang baru bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Staf Sarjan (U) Musa bin Haji Sahat. Majlis diteruskan dengan ucapan dari mantan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7, TUDB yang mana beliau menghargai pencapaian dan kebolehan Cawangan No. 7 dalam menghadapi cabaran dan rintangan semasa tempoh beliau sebagai Pegawai Pemerintah. Majlis diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7, TUDB secara rasmi.
Sebagai Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 yang baru Yang Mulia Mejar (U) Mohammad Kaisan bin Haji Ludin juga berpeluang menyampaikan ucapan perasmiannya semasa upacara tersebut. Dalam ucapan, beliau menyarankan agar semua anggota akan sentiasa peka terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dan perlu sentiasa mempertingkatkan tahap disiplin dan profesionalisme. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang diketuai oleh Pegawai Waran 1 (U) Haji Burhan Juhdi bin Haji Muhammad Noor.
Turut hadir untuk menyaksikan upacara tersebut adalah Pegawai-Pegawai Memerintah Squadron, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, anggota tentera dan kakitangan awam Cawangan No. 7, TUDB.
Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohammad Roslan telah memegang jawatan Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7 sejak tahun 2021 dan beliau akan meneruskan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Penilaian dan Piawaian Penerbangan, TUDB.
