RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 26 August 2026 – Air Chief Marshal Sek San Kantha, Commander-in-Chief of the Royal Thai Air Force (RTAF), conducted an introductory visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF). The visit provided an avenue to further strengthen the longstanding defence relations and professional ties between Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand, particularly between the two Air Forces.
Upon arrival at the Air Movement Centre (AMC), Air Chief Marshal Sakesan Kantha proceeded to the RBAirF Headquarters, where he inspected a Guard of Honour. He subsequently paid a courtesy call on the Commander of the RBAirF.
During the courtesy call, both Air Chiefs exchanged views on matters of mutual interest and discussed opportunities to expand bilateral defence cooperation, professional exchanges, and joint collaboration.
As a highlight of the visit, Air Chief Marshal Sakesan Kantha was conferred the RBAirF Honorary Pilot Wing, marking a significant milestone in the enduring relationship between the RBAirF and the RTAF.
He was subsequently briefed on the RBAirF’s core operations, capabilities, and strategic initiatives, which provided an overview of the Service’s roles and contributions toward the national defence of Brunei Darussalam. The visit concluded with a static display showcasing selected RBAirF assets and operational capabilities.
An official lunch was then hosted by the Commander of the RBAirF in honour of Air Chief Marshal Sek San Kantha and his delegation.
Prior to his departure, Air Chief Marshal Sakesan Kantha also paid a courtesy call on Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).










LAWATAN PENGENALAN PANGLIMA TENTERA UDARA DIRAJA THAILAND KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 26 Ogos 2026 – Panglima Tentera Udara Diraja Thailand (TUDT), Air Chief Marshal Sakesan Kantha, telah mengadakan lawatan pengenalan ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Lawatan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh lagi hubungan pertahanan dan ikatan profesional yang sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand, khususnya di antara kedua-dua buah Tentera Udara.
Sejurus tiba di Pusat Pergerakan Udara, Air Chief Marshal Sakesan Kantha meneruskan lawatan ke Markas TUDB di mana beliau dialu-alukan dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan. Beliau kemudiannya mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah TUDB.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua Pemerintah Tentera Udara bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama, di samping membincangkan peluang untuk memperluas kerjasama pertahanan dua hala, pertukaran profesional, serta kolaborasi bersama.
Sebagai acara kemuncak lawatan, Air Chief Marshal Sakesan Kantha telah dianugerahkan LencanaJuruterbang KehormatTUDB. Penganugerahan ini menandakan satu mercu tanda yang penting dalam sejarah hubungan erat yang sekian lama terjalin antara TUDB dan TUDT.
Beliau seterusnya diberikan taklimat mengenai operasi utama, keupayaan, dan inisiatif strategik TUDB, yang memberikan gambaran keseluruhan mengenai peranan serta sumbangan terhadap pertahanan nasional Negara Brunei Darussalam. Lawatan disusuli dengan sesi pameran statik yang mempamerkan aset-aset serta keupayaan operasi TUDB.
Satu majlis makan tengah hari rasmi kemudiannya dihoskan oleh Pemerintah TUDB bagi meraikan Air Chief Marshal Sakesan Kantha dan delegasi beliau.
Sebelum bertolak meninggalkan negara, Air Chief Marshal Sakesan Kantha turut mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.







