Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa 9 Ogos 2016 – Seramai 53 anggota termasuk kakitangan awam turun hadir memberi sokongan kepada kempen derma darah yang dijalankan di Dewan Punai, Pangkalan Rimba Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Kempen yang dianjurkan bersama Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diungkayahkan oleh TUDB, dan telahpun berjaya mencapai matlamat minima seramai 50 penderma darah sempena Hari Ulang Tahun TUDB yang ke 50 tahun. Disamping itu, tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memupuk niat baik di kalangan anggota TUDB dan pada masa yang sama terus meyumbang kepada Tabung Simpanan Darah Negara.