BUKIT AGOK, KHAMIS, 18 MEI 2017 – Latihan Ketua Anak Panah yang bermula pada hari Isnin 15 Mei 2017, akhirnya berakhir selama 5 hari pada minggu ke-11 Kursus Pertahanan Udara Ketua Terup (ADTC). Ianya dikendalikan oleh 77 Skuadron No 7 Wing Kumpulan Latihan. Objektif latihan ini diadakan adalah bagi memberi kefahaman yang luas pada peserta kursus mengenai dengan tugas-tugas Ketua Terup agar ianya dapat diimplementasikan semasa menjalani mana-mana operasi latihan nanti.Turut hadir pada hari itu ialah Ketua Kumpulan Gerakan, Lt Kol (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Pegawai Pemerintah No 7 Wing, Mejar (U) Mohammad Hairy Erwandy Bin Raya dan Pegawai Pemerintah No 2 Wing, Mejar (U) Peter Bin Ulat @ Yulat beserta dengan pegawai-pegawai yang lain.
Lawatan tersebut bermula dengan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Cpt (U) Hamid Bin Moslim. Ianya kemudian diikuti dengan lawatan ke Troop Command Post (TCP) di mana Lt (U) Abdul Haadi bin Haji Md Daud telah menyampaikan taktikal ringkas TCP. Lt (U) Alauddin Bin Hj Basar kemudian mengemukakan ideanya pada perisian yang menjana data daripada melakukan pengiraan manual. Ianya dapat membantu untuk meningkatkan kecekapan operasi Rejimen Pertahanan Udara. Setelah itu, mereka meneruskan ke lokasi tapak Mistral yang mana Lt (U) Pengiran Afiq Bin Pg Hj Kamaluddin, selaku Ketua Detachment, menyampaikan taktikal ringkas. Lawatan tersebut berakhir dengan sesi bergambar ramai.


THE 11 EXERCISE ANAK PANAH MUDA OF AIR DEFENCE TROOP COMMANDER COURSE(ADTC)
BUKIT AGOK, THURSDAY, 18 MAY 2017 – Exercise Anak Panah Muda that started on Monday 15 May 2017 finally ends, during the 11 out of the 13 week of Air Defence Troop Commander Course (ADTC). It was conducted by 77 Squadron No 7 Wing Training Group. The objective of the exercise is to allow the young officers to experience the task of a Troop Commander during real operations.
Present on that day was the Commander Operation Group Lt Col (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Commanding Officer of No 7 Wing, Maj (U) Mohammad Hairy Erwandy Bin Raya and No 2 Wing, Maj (U) Peter Bin Ulat @ Yulat along with other officers.
The visit started with a safety brief delivered by Cpt (U) Hamid Bin Moslim. It is then followed a visit to the Troop Command Post (TCP) where Lt (U) Abdul Haadi bin Haji Md Daud deliver TCP Tactical Brief. Lt (U) Alauddin Bin Hj Basar then present his idea on a software that generate data rather than doing manual calculation. It helps to improve the efficiency of air regiment operations. Then they proceed to fire unit site where Lt (U) Pg Afiq Bin Pg Hj Kamaluddin as detachment commander deliver detachment tactical brief. The visit end with a photo taking session.