BERAKAS GARISON, Khamis, 12 November 2015 – Latihan Table Top (TTX) bagi No. 2 Wing Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) tahun 2015 telah dilaksanakan pada 12 November 2015. Latihan ini disertai oleh anggota-anggota No. 2 Wing TUDB terdiri daripada Markas No. 2 Wing, Skuadron 33, Skuadron 38, Skuadron Pertahanan Pangkalan dan Terup Kejuruteraan. Manakala perancang dan pengendali latihan adalah dari Skuadron 77, No.7 Wing TUDB.
 
TTX ini adalah latihan berkonsepkan perbentangan dan perbincangan dengan bertemakan “Back to Basic”. TTX ini dibahagikan kepada 7 sindiket iaitu dari sindiket Pertahanan Udara, Pertahanan Pangkalan, Terup Kejuteraan, Kerani, Pemandu, Stor dan Semboyan.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman anggota-anggota akan prinsip dan taktik masing-masing akan tugas dan tanggungjawap setiap individu. Adalah penting bagi anggota untuk memahami tugas basic mereka kerana ianya merupakan langkah pertama awal untuk melanjutkan langkah yang seterusnya. Disamping itu juga, melatih anggota dalam pembentangan dan perbincangan yang terbuka. Daripada latihan ini ianya akan dapat mengenal pasti ruang pengetahuan anggota masing-masing terhadap tugas dan tanggugjawap mereka.

Perlaksanan TTX ini dimulakan dengan pengagihan soalan-soalan kepada setiap sindiket untuk mereka membuat perbincangan secara berkumpulan. Pada sebelah petang setiap sindiket dikehendaki membuat pembentangan dan perbincangan mengenai soalan yang diberikan. Hadir selaku Tetamu Kehormat untuk menyaksikan latihan ini ialah Lt Kol (U) Hj Alirupendi bin Hj Perudin, Pegawai Pemerintah No. 2 Wing, TUDB dan seterusnya merasmikan penutup Latihan Table Top bagi 2015.

Secara keseluruhannya TTX ini telah mencapai matlamat yang dikehendaki dalam meningkatkan kefahaman dalam melaksanakan operasi serta mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran taktikal anggota-anggota No. 2 Wing dengan berkesan dan efisien.