PANGKALAN RIMBA, JUMAAT 09 JUN 2017 – Majlis perasmian penutup Kursus Jurulatih Pengenalan Pesawat Terbang Sesi 2017 telah berlangsung bertempat di Layang – Layang Pangkalan Tentera Udara Di raja Brunei, Rimba. Kursus ini telah dikendali kan oleh Skuadron 77 No 7 Wing Kumpulan Latihan TUDB bermula pada 08 Mei 2017 hingga 09 Jun 2017. Ianya di buat di sebelah petang dan diteruskan dengan acara bersungkai bersama sama.


Majilis penutup kursus ini terlah di rasmikan oleh Mej (U) Mohammad Hairy Erwandy Bin Hj Raya, Pegawai Pemerintah No 7 Wing, Kumpulan Latihan Tentera Udara DIraja Brunei. Kursus Jurulatih Pengenalan Pesawat Terbang ini adalah salah satu kursus kerjaya yang mana ianya ada lah kursus untuk mejadikan seseorang itu Jurulatih dalam tatacara mengajar dan mengenal pesawat terbang.


Acara ini telah di mulakan dengan penyampaian kata-kata dari tetamu kehormat dan diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta kursus. Secara keseluruhannya semua peserta Kursus Jurulatih Pengenalan Pesawat Terbang  Sesi 2017 telah lulus kesemua nya dan mencapai matlamat yang di kehendaki. Penuntut terbaik dalam kurusus ini di sandang oleh 21384 Lkpl (U) Khairunnisa Binti Kusno. Acara di akhiri dengan bersungkai bersama-sama dan bacaan doa selamat.