BERAKAS GARISON, Jumaat, 21 April 2017
–
Kursus Pos Perintah Sesi 2016 yang dikendalikan oleh Skuadron 77 No 7 Wing Kumpulan Latihan TUDB kini telah selesai dijalankan. Majlis penutup kursus tersebut yang dihadiri olehMej (U) Peter bin Ulat Pegawai pemerintah No 2 Wing TUDB selaku tetamu kehormat majlis. Acara dimulakan dengan ucapan daripada tetamu kehormat dan seterusnya penyampaian sijil dan hadiah bagi penutut kursus terbaik.
Kursus ini berlangsung selama 6 minggu bermula dari 27 Febuari 2017 sehingga 14 April 2017 dan disertai seramai 7 orang anggota dariNo 2 Wing. Penuntut terbaik penyampaian Taklimat pos Perintah 14683 Sjn (U) PgMenor bin Pg Hj Metusin serta penuntut amali dan terbaik keseluruhan di sandang oleh 865 Kpt (U) Ak Md Shahri bin Pg Hj Shamsudin.
Kursus Pos Perintah Pertahanan Udara adalah salah satu kursus kerjaya di dalam struktur perkembangan kerjaya untuk melayakan mereka memegang jawatan sebagai Pegawai Operasi Skuadron bagi yang berpangkat pegawai manakala bagi PTB kanan melayakanmereka memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Operasi Skuadron atau ketua Pos Perintah. Sepanjang kursus ini dijalankan, banyak pelajaran – pelajaran yang telah disampaikan kepada anggota kursus yang mana telah melatih mereka diantaranya penyampaian taklimat, Map Marking, Pengendalian Radio, Hukuman Pegerakan dan Merancang latihan.
Secara keseluruhan semua anggota kursus Pos Perintah Pertahanan Udara sesi 2016 ini telah lulus dengan jayanya, Ianya meletakan peserta kursus kepada tahap yang lebih baik dari sebelumnya, dimana ilmu dan kemahiran yang dipelajari akan dapat diaplikasikan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab diunit masing-masing nanti.


