BERAKAS GARISON, Khamis 02 Februari 2017– No 2 Wing Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Perlawanan Kawad Antara Terup Peringkat No 2 Wing Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei yang telah diadakan di Padang Kawad 238 Skuadron TUDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah Yang Mulia Mej (U) Peter bin Ulat @ Yulat, Pegawai Pemerintah No 2 Wing Kump Gkn TUDB. Ketibaan Yang Mulia Tetamu Kehormat telah disambut oleh Pengerusi Majlis iaitu Yang Mulia Lt (U) Ak Abd Azim bin Pg Idris, Pemangku Pegawai Tadbir No 2 Wing Kump Gkn TUDB.Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Tetamu Kehormat. Majlis diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah bagi perlawanan tersebut telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat dimana Johan keseluruhan pada perlawanan ini telah diraih oleh Pasukan 238 Skn dan manakala Pasukan 236 Skn menyandang tempat ke-dua dan Pasukan Gabungan (Markas No. 2 Wing, 233 Skn dan Terup Kejuruteraan) berada di tempat ke-tiga. Kategori Pegawai Terup Terbaik dan Kawad TSM juga dipertandingkan dimana pemenang bagi kategori tersebut adalah 1129 Lt (U) Ak Md Hassanal Arif bin Pg Ali Sham dan 14546 Sjn (U) Pg Shaiful Bahri bin Pg Metussin.
Perlawanan Kawad Antara Terup Peringkat No 2 Wing Kump Gkn TUDB telah berlangsung selama 1 hari iaitu pada 1 Februari 2017 bertempat di Padang Kawad 238 Skn No 2 Wing TUDB, Berakas Garison. Perlawanan Kawad ini disertai oleh tiga pasukan yang terdiri daripada iaitu Pasukan Gabungan (Markas No 2 Wing, 233 Skn dan Terup Kejuruteraan), Pasukan 238 Skn dan Pasukan 236 Skn.
Perlawanan Kawad Terup mengandungi 2 Fasa. Fasa pertama adalah Kawad Ketua Perbarisan dan fasa kedua Kawad TSM. Manakala Pemeriksaan pakaian akan dijalankan sebelum perlawanan kawad dimulakan bagi setiap kumpulan. Antara lain tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu Kawad disamping mempamerkan disiplin kawad-kawad yang betul sekaligus memupuk kerjasama didalam berkawad sebagai satu kumpulan mahupun perseorangan.


