Pangkalan Rimba, Khamis 11 Mei 2017 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Majlis Sambutan Malam Nisfu Syabaan bagi tahun 1438H bertempat di Surau Al- Baraqah , Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Hj Ma’awiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan solat Fardu Magrib berjemaah, di ikuti dengan Bacaan Surah Yassin sebanyak 3 Kali dan doa khas Nisfu Syabaan yang dipimpin oleh 11307 PW2 Hj Saipin bin Hj Abu Bakar, Imam  Surau Al- Baraqah. Majlis diakhiri dengan solat fardu Isyak berjemaah.
​