Pangkalan Rimba, Rabu, 10 Mei 2017 – berlangsung pada 10 Mei 2017 bertempat di Padang Kawad Markas Tentera Udara Diraja Brunei. Upacara serah terima tugas ini adalah diantara Yang Mulia 291 Kolonel (U) Haji Hamsani bin Haji Abd Hamid dengan Yang Mulia 347 Leftenan Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit.

Sebelum upacara dimulakan, Pemerintah Kumpulan Bantu, Yang Mulia Kolonel (U) Haji Hamsani bin Haji Abd Hamid menerima tabek hormat dan seterusnya memeriksa barisan. Majlis ini disaksikan oleh jemputan khas, Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Pemerintah Kumpulan Gerakan. Turut hadir pada upacara tersebut ialah Pemerintah-pemerintah Unit, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Tentera Udara Diraja Brunei. Mantan Pemerintah Kumpulan Bantu menyampaikan kata-kata ucapan kepada semua warga Kumpulan Bantu. Kemudian diikuti dengan upacara menandatangani sijil serah terima tugas bagi Pemerintah Kumpulan Bantu seterusnya bacaan doa dibacakan oleh guru Agama, Ustaz Said bin Haji Yusop.

Seterusnya, Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit, Pemerintah Kumpulan yang baru menerima tabek hormat dan memeriksa perbarisan terdiri daripada kawalan kehormatan yang diketuai oleh 825 Kpt (U) Firdaus bin Haji Md Yusof.

​