BRUNEI, Rabu 21 September 2016 – Tentera Udara di Raja Brunei dan Tentera Udara Diraja Malaysia pada hari  ini telah mengadakan Mesyuarat Kelompok Kerja Udara (KKU TUDB-TUDM)  MALBRU Siri 12/2016 di Bilik Mesyuarat Bubut, Markas TUDB, Pangkalan TUDB, Rimba, Brunei Darussalam.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh  Pegawai Pemerintah 1 Wing, Yang Mulia Lt Kol (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman sebagai Pengerusi Bersama 1 TUDB, Pemangku Ketua Staff, Yang Mulia Mej (U) Haji Habil bin Haji Adol sebagai Pengerusi Bersama 2 TUDB dan AKS A5 MPOU, Yang Mulia Kol Tong Veng Leong TUDM sebagai Pengerusi Bersama TUDM. Pengerusi Bersama TUDM telah diiringi oleh SO2 Airspace Management, Yang Mulia Mej Mohd Raniza Bin Ab Rahman TUDM, selaku Pengendali MAWILUD 2 SAREX MALBRU, dan Yang Mulia Mej Wan Mohd Firdaus Bin Wan Mohd Daud TUDM, sebagai Setiausaha Bersama.

Mesyuarat ini adalah satu landasan bagi kedua pihak mengukuhkan komitmen dalam kerjasama dua hala. Agenda mesyuarat ialah menyemak minit mesyuarat yang lepas, perbincangan aktiviti-aktiviti di antara dua pihak bagi tahun 2015 hingga tahun 2018. Perbincangan bagi aktiviti SAREX MALBRU 12/2017 juga diadakan pada mesyuarat ini.

Rombongan delegasi TUDM ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 20, Sept, 2016. Rombongan ini juga telah di bawa untuk berriadah, mendaki bukit Tasek Lama dan sesi makan malam bersama Penasihat Pertahanan Malaysia di Tamu Selera di Bandar Seri Begawan. Mereka juga membuat lawatan ke Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja dan Handicraft Centre Brunei semasa mereka berada di Negara Brunei Darussalam.

Rombongan delegasi TUDM telah menghadiri makan malam di Tarindak De’Seni, Kota Batu. Acara makan malam di mulakan dengan sesi menandatangani minit mesyuarat KKU TUDB-TUDM BRUMAL SIRI 12/2016 dan kemudian mennikmati hidangan.
Delegasi TUDM telah bertolak balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 22 Sep 2016.
​