




SESI MUZAKARAH PEMERINTAH TUDB BERSAMA PTB KANAN
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 16 Oktober 2020 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Muzakarah di antara Pemerintah Tentera Udara Diraja BruneiBrigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim Bersama dengan PTB-PTB kanan TUDB di Dewan Punai.
Turut Hadir di Majlis Muzakarah tersebut ialah Sarjan Mejar Tentera Udara Diraja Brunei, Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan, Sarjan Mejar Kawad Kumpulan dan Sarjan Mejar Cawangan.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Sjn (U) Musa bin Hj Sahat dan diteruskan dengan permuzakarahan.
Tujuan Muzakarah tersebut diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada PTB-PTB Kanan TUDB menyuarakan isu-isu serta permasaalahan yang mereka hadapi dalam menjalankan tugas serta perkara-perkara kebajikan.
Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Sjn (U) Musa bin Hj Sahat dan seterusnya menikmati jamuan ringan.