​RIMBA AIR FORCE BASE, 11 August 2017 - A Muzakarah session with the Deputy Commander Royal Brunei Air Force (RBAirF), Colonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, with parents of newly enlisted airmen of Intake 158 was conducted at the RBAirF Headquarters.

The session commenced with the recitation of Surah Al Fatihah headed by Ustaz Mohd Said bin Hj Mohd Yusof, followed by a briefing on career progression, requirements and expectations of an airmen by Staff Officer Grade 3 Administration.

An RBAirF orientation programme was previously conducted for the newly enlisted airmen from 31 July until 10th August 2017 with the aim of providing an in depth understanding of the organization, roles and vocations in the RBAirF.
 
Deputy Commander RBAirF began his remarks by congratulating the parents and the newly enlisted airmen into the RBAirF. He went on to emphasise the importance of integrity, discipline and professionalism as a member of the military and to an effective member of the RBAirF team. The main objective of the session was to answer any queries the parents of the newly enlisted airmen had as their sons began their career in the RBAirF.

A total of 20 airmen were enlisted into the RBAirF, of which 4 will be pursuing their Diploma at Sultan Saiful Rijal Technical College.



SESI MUZAKARAH BERSAMA TIMBALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, 11 Ogos 2017   -   Majlis Sesi Muzakarah bagi ibu bapa anggota Lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan 158 bersama Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, telah dijalankan di bilik Alap-Alap, Markas TUDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Said bin Hj Mohd Yusof dan diteruskan dengan sesi taklimat mengenai ringkasan hala tuju meraka dalam kerjaya tentera  serta keperluan dalam perkhidmatan sebagai seorang tentera yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Turus Keanggotaan & Pentadbiran.

Sesi Orientasi Lepasan Rekrut Lelaki Pengambilan ke 158 ke TUDB telah dijalankan selama dua minggu daripada 31 Julai sehingga 10 Ogos 2017 bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai organisasi, peranan dan jenis kerjaya di TUDB. 

Timbalan Pemerintah TUDB mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan juga Lepasan Rekrut Lelaki yang telah diserapkan ke TUDB. Beliau seterusnya menekankan kepentingan integreti, disiplin dan profesionalisme dalam kerjaya sebagai seorang tentera yang mana akan membolehkan mereka menjadi anggota yang berkesan didalam TUDB. Matlamat utama sesi ini adalah untuk memberi peluang bagi ibu bapa untuk mengajukan apa jua soalan mengenai kerjaya yang akan diterajui oleh anak mereka di TUDB.

Seramai 20 anggota soldadu diserapkan ke TUDB dan diantaranya seramai 4 anggota akan melanjutkan pelajaran di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.