RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 09 August 2024 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF held a
Muzakarah session with No. 1 Wing Officers aimed to create opportunities for the officers from No. 1 Wing to interact directly with the RBAirF Commander and encouraging open dialogue on various matters of significance to the organization.

The interactive session was marked by engaging discussions on leadership and command, future of RBAirF development and capabilities, personnel’s skill growth and development as well as the organization’s operational output. Commander of the RBAirF also encouraged the officers of No. 1 Wing to provide and share new ideas in anything related to improving the administration and personnel development and the organization’s operability. The Muzakarah session was also to provide an opportunity for them to ask any inquiries related to RBAirF as a whole.​

Key takeaway for the Muzakarah session was that the emphasis on continuous and resilient efforts are required to enhance the collaboration and coordination within the RBAirF and also between the RBAirF with other units. This can be done by collective decision-making process as result to improvements in order to achieve high level of readiness, credible defence image and high-performance individuals.


SESI MUZAKARAH PEMERINTAH TUDB BERSAMA PEGAWAI CAWANGAN NO. 1

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 09 Ogos 2024 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan sesi muzakarah bersama Pegawai-Pegawai Cawangan No. 1 bertujuan untuk memberikan peluang kepada pegawai-pegawai tersebut untuk berinteraksi secara langsung bersama Pemerintah TUDB dan bagi menggalakkan dialog secara terbuka mengenai pelbagai perkara yang berkepentingan kepada organisasi.

Sesi interaktif tersebut telah merangkumi perbincangan menyeluruh dalam perkara mengenai kepimpinan dan arahan, pembangunan dan keupayaan masa hadapan TUDB, perkembangan dan kemahiran anggota serta pembangunan kemahiran dan strategi operasi dalam organisasi. Pemerintah TUDB juga memberikan galakkan kepada Pegawai-Pegawai Cawangan No. 1 untuk mengongsikan apa jua pandangan dan saranan dalam meningkatkan lagi pentadbiran dan perkembangan anggota dan kebolehkendalian organisasi. Sesi Muzakarah ini juga telah memberi peluang kepada pegawai-pegawai tersebut untuk mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan TUDB secara menyeluruh.

Diantara pengisian utama yang dapat diambil dari sesi muzakarah ini adalah penekanan terhadap usaha yang berterusan dan kedayatahanan yang diperlukan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan didalam TUDB dan juga diantara TUDB bersama dengan unit-unit lain. Ini boleh dilaksanakan dengan proses membuat keputusan secara kolektif bagi menghasilkan penambahbaikan bagi mencapai tahap kesediaan yang tinggi, imej pertahanan yang boleh dipercayai dan individu yang berprestasi tinggi.