BERAKAS GARRISON, Friday, 6 November 2017 – No.2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a parade in conjunction with its 34th anniversary at 238 Squadron Helipad, Berakas Garrison.

The parade consisted of 117 personnel from No.2 Wing Headquarters, 233 Squadron, 236 Squadron, 238 Squadron and Engineering Flight led by the parade commander Lt (U) Nurul Hasimah binti Zaidi.

Present as the Guest of Honour was the Wing Commander No.2 Wing, Operations Group, RBAirF, Lt Col (U) Peter bin Ulat @ Yulat. Also attending to witness the parade were the officers and personnel of No.2 Wing.
 
The event began with the Guest of Honour receiving the honorary salute from the parade contingent followed with the recitation of Surah Al-Fatihah before delivering his speech.


In his speech, he shared the history of No. 2 Wing since its establishment on 1 September 1983. He also took the opportunity to express his gratitude to the No.2 Wing personnel for maintaining good conduct, discipline and attitude to conserve the image of No.2 Wing and RBAirF as a whole.

The parade ceremony concluded with a Thanksgiving prayer led by Imam Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, WO2 Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar.
NO. 2 WING, KUMPULAN GERAKAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE 34

BERAKAS GARISON, Jumaat 6 November 2017 – No. 2 Wing, Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Upacara Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun No. 2 Wing yang ke 34 tahun bertempat di Lapang Hangar Skuadron 238, Berakas Garison.

Kawalan Perbarisan seramai 117 anggota terdiri daripada anggota-anggota Markas No 2 Wing, Skuadron 233, Skuadron 236, Skuadron 238 dan Terup Kejuruteraan yang diketuai oleh Ketua Kawalan, Lt (U) Nurul Hasimah binti Zaidi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Pemerintah No. 2 Wing, Kumpulan Gerakan TUDB, Lt Kol (U) Peter bin Ulat @ Yulat. Turut hadir ialah Pegawai – Pegawai dan anggota – anggota No. 2 Wing bagi menyaksikan Perbarisan tersebut.

Upacara dimulakan dengan tetamu kehormat menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya Ucapan daripada tetamu kehormat.

Di dalam ucapan tetamu kehormat, beliau mengongsikan sejarah permulaan No. 2 Wing sejak penubuhannya pada 1 September 1983. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota-anggota No.2 Wing yang telah mengekalkan sikap dan disiplin yang baik di dalam menjaga imej No.2 Wing dan TUDB.