Tuesday, 26 November 2024 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, graced the closing ceremony of the Jungle Warfare Skills Meet (JWSM) held at Kargu Dam, Andulau Forest Reserve, Sungai Liang, Belait District.
No. 2 Wing, Operations Group of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), led by Lieutenant (U) Muhammad Aizuddin Yaqin bin Haji Yahaya, proudly secured the silver medal in a competition participated by teams representing the United Kingdom, United States, Malaysia, Australia, Singapore, and Brunei Darussalam. The rigorous competition tested participants’ endurance and skill in the demanding environment of tropical jungles that includes a range of tests, such as Navigation, Medical, Contact Drills, and Close Target Reconnaissance, designed to evaluate the participants’ capabilities and knowledge.




CAWANGAN NO. 2 TUDB MERAIH PINGAT PERAK DI JUNGLE WARFARE SKILLS MEET 2024
Selasa, 26 November 2024 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenan berangkat bagi Majlis Penutup
Jungle Warfare Skills Meet (JWSM) di Empangan Kargu, Hutan Simpan Andulau, Sungai Liang, Kuala Belait.
Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), yang diketuai oleh Leftenan (U) Muhammad Aizuddin Yaqin bin Haji Yahaya, dengan bangganya telah meraih pingat perak dalam sebuah pertandingan yang disertai oleh pasukan dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia, Australia, Singapura, dan Negara Brunei Darussalam. Pertandingan yang mencabar ini menguji ketahanan dan kemahiran peserta dalam persekitaran hutan tropika yang merangkumi pelbagai ujian seperti Navigasi, Perubatan,
Contact Drills, dan
Close Target Reconnaissance, yang direka untuk menilai keupayaan dan pengetahuan peserta.

