TUNGKU, Friday, 15 March 2024 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) hosted an annual Iftar gathering for No.2 wing personnel including former Air Regiment Officers, Senior Non-Commissioned Officers and staff at the Serikandi Banquet Hall in Tungku, Bandar Seri Begawan.
Notable attendees included the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, the former Commanding Officer of the Air Regiment from 2015 to 2018. Also in attendance were former Commanding Officers, Officers, Sergeant Majors, and Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) from No. 2 Wing/Air Regiment.
The evening commenced with a group photo session and the recitation of Tahlil Arwah for the late Air Regiment/No.2 wing personnel. The Iftar commences with light refreshments prior to the Maghrib prayer and concluded with an address from Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer No.2 Wing.
This annual gathering is a customary practice for No. 2 Wing, designed to fortify relationships and nurture camaraderie among both past and present personnel. It serves as a special moment to pay tribute to the heritage of former officers and SMs while cultivating stronger bonds within the unit.


CAWANGAN NO. 2, TUDB MENGADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI DAN SARJAN MEJAR REJIMEN UDARA / CAWANGAN NO. 2
TUNGKU, Juma’at, 15 Mac 2023 – Cawangan No.2 Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Banquet Serikandi di Tungku, Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku jemputan khas ialah Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, selaku mantan Pegawai Pemerintah Rejimen Udara tahun 2015 hingga 2018. Turut hadir bersama ialah mantan-mantan Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar, dan Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dari Cawangan No.2/Rejimen Udara.
Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Tahlil Arwah dan jamuan ringan sebelum solat Maghrib. Acara diteruskan dengan menikmati jamuan berbuka puasa dan ucapan dari Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2.
Perhimpunan tahunan ini adalah amalan biasa untuk Cawangan No. 2 yang diungkayahkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk persahabatan di kalangan kakitangan dahulu dan sekarang. Ia berfungsi sebagai detik istimewa untuk memberi penghormatan kepada bekas Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar dan PTB Kanan, sambil memupuk ikatan yang lebih kukuh dalam unit.
