
RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 28 July 2026 – No. 3 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) commemorated its 10th Anniversary at the No. 3 Wing Headquarters and Dewan Punai, Rimba Air Force Base.
Major (Udara) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Commanding Officer of No. 3 Wing, attended as the Guest of Honour. Also present were Officers in Command, officers, Squadron Sergeant Majors, Senior Ranks, and other ranks of No. 3 Wing.
The celebration commenced with the recitation of prayers, followed by a welcoming speech from the Commanding Officer. In his remarks, he reflected on the Wing’s decade-long journey and expressed profound appreciation to all personnel for their dedication, professionalism, and unwavering commitment to the mission. The ceremony concluded with a symbolic cake-cutting session to mark ten years of operational excellence and significant milestones.
This anniversary celebration highlights No. 3 Wing’s continuous development, growing contributions, and operational accomplishments. The event reinforces the core values of unity, discipline, and professionalism among its personnel, inspiring them to remain dedicated to supporting the RBAirF and strengthening the nation’s defense capabilities.


CAWANGAN NO. 3 MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-10
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 28 Julai 2026 – Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah memperingati Hari Ulang Tahun ke-10 bertempat di Markas Cawangan No. 3 dan Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi upacara tersebut ialah Mejar (Udara) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Memerintah, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Skuadron, serta para Pegawai Tidak Bertauliah Kanan dan Lain-Lain Peringkat Cawangan No. 3.
Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3. Dalam ucapan tersebut, beliau mengimbas kembali perjalanan Cawangan No. 3 sepanjang 10 tahun yang lalu dan menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota atas dedikasi, profesionalisme, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap misi organisasi. Upacara diteruskan dengan acara simbolik memotong kek bagi memperingati sedekad kecemerlangan serta pencapaian mercu tanda yang signifikan.
Sambutan ulang tahun ini bukan sahaja menandakan satu lagi mercu tanda dalam perkembangan Cawangan No. 3, malah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan pencapaiannya yang kian meningkat. Majlis ini memperkukuh nilai-nilai perpaduan, disiplin, dan profesionalisme dalam kalangan anggota, sekali gus menyuntik semangat untuk terus berdedikasi dalam menyokong TUDB serta memperkasa keupayaan pertahanan negara.
