RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 3 October 2025 – No. 5 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) Support Group celebrated its 10th anniversary at Rimba Air Base, marking a decade of excellence since its establishment as an independent wing in 2015. Originally part of the Logistics Wing, No. 5 Wing now stands as a vital unit that drives aircraft readiness and operational support across the RBAirF.
The celebration commenced with a parade featuring technicians, and civilian personnel from the Air Engineering Unit (AEU), followed by an address by the Wing Commander of No. 5 Wing, Major (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris. In his remarks, he commended the dedication, teamwork, and technical expertise that have kept the fleet serviceable and mission-ready throughout the years.
Following the speech, the ceremony continued with a cake-cutting session to commemorate the occasion – symbolising the unity and shared commitment of all members in driving the Wing’s success over the past decade. The Guest of Honour also expressed appreciation for the presence and support of family members, acknowledging their vital role in encouraging and sustaining the dedication of their spouses who serve in the RBAirF.
Their understanding and continuous support were recognised as key factors contributing t o the well-being and effectiveness of RBAirF personnel in carrying out their duties.








HARI KELUARGA CAWANGAN NO. 5, KUMPULAN BANTU TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-10
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 3 Oktober 2025 – Cawangan No. 5 , Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-10 di Pangkalan Udara Rimba, menandakan satu pencapaian penting sejak ditubuhkan sebagai cawangan bebas pada tahun 2015. Pada asalnya sebahagian daripada Cawangan Logistik, Cawangan No. 5 kini memainkan peranan penting dalam meningkatkan keboleh sediaan pesawat dan memastikan kesiapsiagaan operasi berada pada tahap optima.
Sambutan dimulakan dengan perbarisan yang melibatkan teknisyen serta anggota awam dari Unit Kejuruteraan Udara (UKU), diikuti dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan, Mejar (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan atas dedikasi, semangat berpasukan serta kepakaran teknikal yang menjadi tunjang kepada kecekapan dan kesiapsiagaan armada TUDB selama ini.
Acara diteruskan dengan sesi pemotongan kek bagi memperingati sambutan berkenaan — melambangkan semangat perpaduan dan komitmen bersama semua anggota dalam menjayakan pencapaian cawangan sepanjang 10 tahun yang lalu. Tetamu Kehormat turut menzahirkan penghargaan terhadap kehadiran dan sokongan ahli keluarga, yang memainkan peranan penting dalam memberi dorongan kepada pasangan masing-masing yang berkhidmat di TUDB.
Kefahaman dan sokongan berterusan mereka diiktiraf sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada kesejahteraan serta keberekesanan anggota dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.




